Monday, December 29, 2008

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA



SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA

"Seandainya engkau tahu berapa lagi umurmu yang masih tersisa,
Maka engkau akan melupakan angan-angan panjangmu.
Wahai manusia, dengan kesihatan yang Ku berikan kepadamu,
Engkau kuat untuk mentaati Aku,
Dan dengan Taufik yang Aku anugerahkan kepadamu,
Engkau dapat menunaikan tanggungjawab kepadaKU juga,
Dengan rezeki yang Ku curahkan kepada mu juga,
Engkau kuat berbuat maksiat kepada KU.
Dan dengan kemahuan yang ku berikan kepadamu,
Engkau dapat berkehendak apa yang engkau inginkan
Dan dengan iradahKu engkau mempunyai kemahuan bagi dirimu,
Dan dengan nikmat Ku engkau boleh berdiri, duduk dan pulang;
Dan dengan pemeliharaanKU engkau dapat berpagi pagi dan berpetang-petang,
Dan kerna kurniaanKU engkau hidup, ; dan didalam nikmatKU engkau boleh berpusing,
Dan dengan kesihatan yang KU berikan, engkau dapat berhias,
KEMUDIAN ENGKAU MELUPAKAN AKU DAN MENGINGAT SELAIN KU?...
MENGAPAKAH ENGKAU TIDAK MENUNAIKAN HAK-HAK KU DAN MENSYUKURIKU"

(dipetik dari pengajaran ke 20) NASIHAT DAN BIMBINGAN HADITH QUDSI IMAM AL-GHAZALI

Bismillahirrahmanirrahim….alhamdulillah hari ini ana masih lagi diberi nyawa oleh Allah..untuk meneruskn lagi kehidupan ini. Untuk menunaikan segala tangungjwb yg telah diamahkan olehNya…tanggungjawabku sbg seorang hamba, sbg seorang ummat, sebagai seorang anak.

Baru-baru ini semasa ber KBM di Rawang, ana diuji Allah. Bila sakit baru terasa nikmatnya sihat itu. Mmg manusia itu jarang beryukur, jarang menghargai sesuatu hingga ia hilang dimata..hingga bila nikmat itu ditarik, barulah tersedar dan terasa betapa indahnya nikmat itu. Tidak perlu melihat jauh, hanya lihat pada nikmat gigi yang dberi Allah pada kita. Semasa cukup semua gigi, senang nak makan, senang nak mengunyah…….jarang sekali kita mengucap syukur akan nikmat ini. Tapi, bila udah tua, gigi pun semua dah tiada, nak makan susah..nak kunyah pun tak boleh…bila semua dah tak boleh nak guna, baru terfikir”Alangkah indahnya nikmat bila ada gigi..”. Hurm..begitulah ibaratnya kita semua degan semua nikmat yg dianugerahkan Allah. Kita tak kan pernah mengenal erti syukur selagi nikmat itu belum diambil dari kita. Astaghfirullah hal adzim.....

Ana menangis mengenangkan diri yang jarang bersyukur. Diri yg selalu alpa bila tidak diuji. Namun ana tidak pernah lupa pada saat ana diserang Deman Denggi 3 tahun yg lalu...saat ana merasa semakin hampir dgn kematian..tidak mampu untuk bangun..badan semuanya terasa lelah dn letih...saat itu ana ada terfikir.. “Subhanallah.,.indahnya rasa sihat itu. Selama ni ana rasa sihat tapi tak pernah bersyukur dengan nkmat itu. Terlupa ana bahawa nikmat itu bisa ditarik Allah bila-bila pun yg Dia mahu”.

Lalu saat itu ana menangis teresak2 kerana malu amat pada-Nya. Sebenarnya selagi kita masih sihat, masih mampu berjalan, mampu berkata-kata, mampu mendengar, mampu bekerja dgn baik.mampu belajar..semuanya itu nikmat yg dipinjam ALLAH untuk kita. Bukan dgn sendirinya kita mampu berdiri dan melakukan semuanya. Kita tidak mungkin melakukan semuanya degn sendiri….semuanya kerana nikmat dan pertolongan Allah yg Maha Penyayang…!!! Tetapi hamba Allah..iaitu kita semua terlalu bongkak walau hanya untuk berterima kasih dn bersyukur padaNya yg Pemberi segala nikmat………….!

Baru-baru ini semasa KBM di Rawang ana diserang sakit gastrik. Dah lama rasanya tidak diserang gastrik. Petang tu ana berasa perut agak tidak selesa dan tidak berselera untuk makan. Kebetulan menu ptg itu gulai lemak. Ana mmg tidak gemar masak gulai lemak. Lalu petang itu ana tidak makan apa2. fikir ana mungkin tiada apa2 yg terjadi. Tetapi lain jadinya, bila maghrib tu dah terasa pedih perut. Selesai solat maghrib, ana minta tolong pada Mak Ndak yg kebetulan hendak ke kedai makan utk belikan susu panas. Selalunya bila gastric minum susu boleh kurangkan sikit rasa pedih perut. Tetapi ternyata tidak menjadi. Malam tu lepas solat isyak..apabila program mula berjalan…perut terasa makin pedih dan sakit kepala. Angin dah naik ke kepala..selalunya kalau mcm tu mmg dah teruk. Ana minta panadol pada fasi untuk menghilangkan rasa sakit..tetapi tidak berkesan. Malah lebih sakit kerana ana makan ubat dengan perut yang kosong. Akhirnya pada pukul 2pagi Pak Ndak dn Mak Ndak membawa ana ke klinik 24 jam. Pada mulanya ana tidak mahu menyusahkan mereka, tetapi kata Pak Ndak jika dibiarkan mmg lagi bahaya. Terima kasih byk2 pada Pak Ndak dan Mak Ndak yg telah bersusah payah membantu ana. Jazakumullah khairan kathira.

Semasa dlm perjalanan ke klinik, ana tiba2 terbayang pd wajah sahabat karib ana, Arwah Umairah. Dia meninggal kerana kanser perut. Malah sewaktu KBM di Hulu Langat minggu lepas, ada seorg fasi akhwat, Adik Fatimah yg menegur ana. Katanya muka ana mengingtkn dia pada seseorg. Katanya seperti Kak Umairah. ana juga punya kwn baik yg telah meninggal bernama Umairah. malah kwn2 juga ramai kata muka ana sama dengan arwah. Rupa2nya kami bercakap ttg org yg sama. Arwah Umairah merupakan kakak usrah kpd Fatimah. Subhanallah…………

Lalu semasa dlm perjlanan, ana bersembang bersama Mak Ndak ttg kwn baik ana yg meninggal krn kanser perut. Cerita punya cerita, rupanya Mak Ndak kenal juga dgn arwah Umairah. dia anak kpd akhwat JIM juga. Subhanallah..ramai org yg mengenalimu sahabat. Ana benar-benar rindukan dia……sehingga pernah beberapa kali ana bertemunya dlm mimpi. Dia tersenyum indah memandang ana……..ternyata umairah berbahagia disana. Ya Allah..lindungi sahabatku disana………ketemukan kami disyurgaMu ya Allah…ajari daku berakhlak mulia dan solehah seperti sahabatku itu. Dia antara sahabat terbaik yg pernah kukenali..yg sehingga kini ku kagumi kebaikannya. Kesolehannya…

Akhir kata…….ku bersyukur dengan nikmat sihat ini ya Allah. Dengan nikmat KEHIDUPAN ini ya Allah. Aku masih bernyawa hingga kini ya Allah..jantung ini masih berdetak ya Allah...syukurku padaMu ya Rabbi kerana masih memberi aku ruang kehidupan untuk aku menunaikan segala amanah yg dipertanggujawabkan padaku. Paling utama tggungjwb sbg khalifah-Mu...............Jadikan kehidupan ini tempat untuk aku menambah sebanyak-banyak amal padaMu..dan jadikan kematianku sebagai istirehat daripada melakukan dosa-dosa. Amiin.........

Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

No comments: