Monday, December 29, 2008

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA



SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA

"Seandainya engkau tahu berapa lagi umurmu yang masih tersisa,
Maka engkau akan melupakan angan-angan panjangmu.
Wahai manusia, dengan kesihatan yang Ku berikan kepadamu,
Engkau kuat untuk mentaati Aku,
Dan dengan Taufik yang Aku anugerahkan kepadamu,
Engkau dapat menunaikan tanggungjawab kepadaKU juga,
Dengan rezeki yang Ku curahkan kepada mu juga,
Engkau kuat berbuat maksiat kepada KU.
Dan dengan kemahuan yang ku berikan kepadamu,
Engkau dapat berkehendak apa yang engkau inginkan
Dan dengan iradahKu engkau mempunyai kemahuan bagi dirimu,
Dan dengan nikmat Ku engkau boleh berdiri, duduk dan pulang;
Dan dengan pemeliharaanKU engkau dapat berpagi pagi dan berpetang-petang,
Dan kerna kurniaanKU engkau hidup, ; dan didalam nikmatKU engkau boleh berpusing,
Dan dengan kesihatan yang KU berikan, engkau dapat berhias,
KEMUDIAN ENGKAU MELUPAKAN AKU DAN MENGINGAT SELAIN KU?...
MENGAPAKAH ENGKAU TIDAK MENUNAIKAN HAK-HAK KU DAN MENSYUKURIKU"

(dipetik dari pengajaran ke 20) NASIHAT DAN BIMBINGAN HADITH QUDSI IMAM AL-GHAZALI

Bismillahirrahmanirrahim….alhamdulillah hari ini ana masih lagi diberi nyawa oleh Allah..untuk meneruskn lagi kehidupan ini. Untuk menunaikan segala tangungjwb yg telah diamahkan olehNya…tanggungjawabku sbg seorang hamba, sbg seorang ummat, sebagai seorang anak.

Baru-baru ini semasa ber KBM di Rawang, ana diuji Allah. Bila sakit baru terasa nikmatnya sihat itu. Mmg manusia itu jarang beryukur, jarang menghargai sesuatu hingga ia hilang dimata..hingga bila nikmat itu ditarik, barulah tersedar dan terasa betapa indahnya nikmat itu. Tidak perlu melihat jauh, hanya lihat pada nikmat gigi yang dberi Allah pada kita. Semasa cukup semua gigi, senang nak makan, senang nak mengunyah…….jarang sekali kita mengucap syukur akan nikmat ini. Tapi, bila udah tua, gigi pun semua dah tiada, nak makan susah..nak kunyah pun tak boleh…bila semua dah tak boleh nak guna, baru terfikir”Alangkah indahnya nikmat bila ada gigi..”. Hurm..begitulah ibaratnya kita semua degan semua nikmat yg dianugerahkan Allah. Kita tak kan pernah mengenal erti syukur selagi nikmat itu belum diambil dari kita. Astaghfirullah hal adzim.....

Ana menangis mengenangkan diri yang jarang bersyukur. Diri yg selalu alpa bila tidak diuji. Namun ana tidak pernah lupa pada saat ana diserang Deman Denggi 3 tahun yg lalu...saat ana merasa semakin hampir dgn kematian..tidak mampu untuk bangun..badan semuanya terasa lelah dn letih...saat itu ana ada terfikir.. “Subhanallah.,.indahnya rasa sihat itu. Selama ni ana rasa sihat tapi tak pernah bersyukur dengan nkmat itu. Terlupa ana bahawa nikmat itu bisa ditarik Allah bila-bila pun yg Dia mahu”.

Lalu saat itu ana menangis teresak2 kerana malu amat pada-Nya. Sebenarnya selagi kita masih sihat, masih mampu berjalan, mampu berkata-kata, mampu mendengar, mampu bekerja dgn baik.mampu belajar..semuanya itu nikmat yg dipinjam ALLAH untuk kita. Bukan dgn sendirinya kita mampu berdiri dan melakukan semuanya. Kita tidak mungkin melakukan semuanya degn sendiri….semuanya kerana nikmat dan pertolongan Allah yg Maha Penyayang…!!! Tetapi hamba Allah..iaitu kita semua terlalu bongkak walau hanya untuk berterima kasih dn bersyukur padaNya yg Pemberi segala nikmat………….!

Baru-baru ini semasa KBM di Rawang ana diserang sakit gastrik. Dah lama rasanya tidak diserang gastrik. Petang tu ana berasa perut agak tidak selesa dan tidak berselera untuk makan. Kebetulan menu ptg itu gulai lemak. Ana mmg tidak gemar masak gulai lemak. Lalu petang itu ana tidak makan apa2. fikir ana mungkin tiada apa2 yg terjadi. Tetapi lain jadinya, bila maghrib tu dah terasa pedih perut. Selesai solat maghrib, ana minta tolong pada Mak Ndak yg kebetulan hendak ke kedai makan utk belikan susu panas. Selalunya bila gastric minum susu boleh kurangkan sikit rasa pedih perut. Tetapi ternyata tidak menjadi. Malam tu lepas solat isyak..apabila program mula berjalan…perut terasa makin pedih dan sakit kepala. Angin dah naik ke kepala..selalunya kalau mcm tu mmg dah teruk. Ana minta panadol pada fasi untuk menghilangkan rasa sakit..tetapi tidak berkesan. Malah lebih sakit kerana ana makan ubat dengan perut yang kosong. Akhirnya pada pukul 2pagi Pak Ndak dn Mak Ndak membawa ana ke klinik 24 jam. Pada mulanya ana tidak mahu menyusahkan mereka, tetapi kata Pak Ndak jika dibiarkan mmg lagi bahaya. Terima kasih byk2 pada Pak Ndak dan Mak Ndak yg telah bersusah payah membantu ana. Jazakumullah khairan kathira.

Semasa dlm perjalanan ke klinik, ana tiba2 terbayang pd wajah sahabat karib ana, Arwah Umairah. Dia meninggal kerana kanser perut. Malah sewaktu KBM di Hulu Langat minggu lepas, ada seorg fasi akhwat, Adik Fatimah yg menegur ana. Katanya muka ana mengingtkn dia pada seseorg. Katanya seperti Kak Umairah. ana juga punya kwn baik yg telah meninggal bernama Umairah. malah kwn2 juga ramai kata muka ana sama dengan arwah. Rupa2nya kami bercakap ttg org yg sama. Arwah Umairah merupakan kakak usrah kpd Fatimah. Subhanallah…………

Lalu semasa dlm perjlanan, ana bersembang bersama Mak Ndak ttg kwn baik ana yg meninggal krn kanser perut. Cerita punya cerita, rupanya Mak Ndak kenal juga dgn arwah Umairah. dia anak kpd akhwat JIM juga. Subhanallah..ramai org yg mengenalimu sahabat. Ana benar-benar rindukan dia……sehingga pernah beberapa kali ana bertemunya dlm mimpi. Dia tersenyum indah memandang ana……..ternyata umairah berbahagia disana. Ya Allah..lindungi sahabatku disana………ketemukan kami disyurgaMu ya Allah…ajari daku berakhlak mulia dan solehah seperti sahabatku itu. Dia antara sahabat terbaik yg pernah kukenali..yg sehingga kini ku kagumi kebaikannya. Kesolehannya…

Akhir kata…….ku bersyukur dengan nikmat sihat ini ya Allah. Dengan nikmat KEHIDUPAN ini ya Allah. Aku masih bernyawa hingga kini ya Allah..jantung ini masih berdetak ya Allah...syukurku padaMu ya Rabbi kerana masih memberi aku ruang kehidupan untuk aku menunaikan segala amanah yg dipertanggujawabkan padaku. Paling utama tggungjwb sbg khalifah-Mu...............Jadikan kehidupan ini tempat untuk aku menambah sebanyak-banyak amal padaMu..dan jadikan kematianku sebagai istirehat daripada melakukan dosa-dosa. Amiin.........

Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Monday, December 22, 2008

KBM BAKIT, Agrotek resort, Hulu Langat


Bismillahirrahmanirrahim…
21 Dec 2008 (10:27pm)

Penerbangan KRJ 201208. KBM BAKIT(Agrotrek Resort, Hulu Langat)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kumulakan coretan di blog ku ini. Alhamdulillah, dah selamat sampai ke rumah. Perjalanan yg agak jauh setelah ber KBM di Resort Agrotek Hulu Langat bersama anak-anak BAKIT(Badan Kebajikan Dakwah Telekom).

Tadi bila pulang kerumah, ada satu perasaan yg sukar ditafsirkan. Terasa rindu sangat2 pada suasana KBM di resort tersebut, rindu pada segalanya, pada deruan sungainya dgn air yg jernih..rindu pd tempat makannya yg sangat menarik, rinduu pada team2 kbm especially kak yong, sakinah, Fatimah dan najihah. Terasa semuanya indah..dan ada satu tempat yg paling ana rindui dan sukai..sebuah titi kecil yg sangat indah, yg dibina atas air terjun. Pada saat pertama kali ana sampai ke resort tersebut..seperti berada di syurga dunia. Saat ana melintas titi tersebut, sambil melihat ke air terjun dibawahnya, hati berdesir mengagumi keindahan tersebut. Serentak itu juga ana terus teringat pada ayat-ayat Allah yang banyak disebut dlm Al Quran”Syurga-syurga itu mengalir sungai dibawahnya..”..Subhanallah……..jika didunia ini aja indahnya tidak terkata..manusia sahaja bisa mencipta keadaan seindah itu..apatah lagi SYURGA yang dibina oleh ALLAH s.w.t..Subhanallah………….pastilah berjuta-juta kali lebih indah, tidak tergambar dek fikiran manusia. Sekali lagi hatiku berdesir mengakui kehebatan dan kebesaran yg Allah Yang Maha Agung.

Disini ana ingin catatkan perjalanan indah yg ana lalui untuk kbm di hulu Langat ini. Kerana byk sekali perkara menarik dan luarbiasa yg berlaku..hehe. moga ana tidak lupakan pengalaman terindah ini...lalu ana coretkan ia dlm blog, insyaAllh bila baca lain kali pasti tersenyum indah.

Pd 19 dec 2008, ana berjanji ngan kak yong bertemu kat Masjid Muaz Bin Jabal kat Setiawangsa. Akhirnya pada pukul 11 mlm kami mula bertolak dari masjid tersebut menuju ke destinasi kbm kami(Resort Agrotek, hulu Langat). Sakinah memandu kereta wira nya dengan laju mengikut kereta pak long yg mendahului kami didepan. Perjalanan makin jauh, malam makin gelap. Sedar tak sedar kami memasuki jalanraya yg bengkang bengkok mcm jalan nk ke genting highland. Jalan tu punya lah gelap gelita, tiada satu lampu pun di jalanraya tersebut. Sunyi dan sepi, gelap dan gelita. Hanya semata-mata berpandukan lampu kereta yg kami naiki.

Sedang dalam perjalanan yg menyeramkan itu, tiba-tiba kelibat van pak long hilang dimata. Apalagi, terkulat-kulat kami bertiga dlm kereta ni. Ditengah-tengah pekat malam, ditengah2 jalan raya yg lengang tiada sebiji kereta pun..disebelah kiri curam yg tinggi, disebelah kanan pula hutan khatulistiwa yg menebal........huhu, mmg mcm dalam filem cerita hantu yg selalu kat tv tu. Mmg segelap2nya................!!Sambil berceloteh bagi menghilangkan rasa takut, sakinah terus memandu memecah gelap malam. Alhamdulillah, akhirnya dlm ketakutan dan tawakkal padaNya, kami berjaya melalui perjalanan mencabar tersebut.........dasyat sungguh!!! Tahniah kepada Sakinah kerana memandu dgn sgt hebat..hehehe...even jalannya mmg merbahaya. Syukur pd-Nya krn melindungi dan menjaga kami dari sebarang bahaya.

Bila dah sampai satu simpang, baru nampak kelibat kereta Pak Long..huhu....kesian kami kena tinggal belakang tadi.he..

Akhirnya.............setelah beberapa puluh minit berlalu, kami berjaya juga sampai ke destinasi tersebut. Saat kereta kami menuruni sebuah bukit curam untuk ke tenpat parking resort tersebut, terasa tempat ini bukan sebarangan destinasi. Ternyata telahku benar.. Saat keluar dari kereta, mata kami terpukau dek keindahan landskap dan seluruh kawasan resort tersebut...Wow!!! itu perkataam pertama yg keluar. Terpaku kami semua seketika mengamati suasana resort tersebut.Mmg sgt cantik tempat ni...........ditambah pula dengn lampu2 oren yg dipasang sekeliing tmpt makan dn sungai. kemudian kami meniti laluan sepanjang sungai yg begitu jernih sehingga boleh nampak ikan-ikan dalam air tu main kejar-kejar..sungai tersebut dibina landskap yg sgt indah dan terletak tengah2 diantara chalet dan cafe. Terus kami melintas satu titi kecil yg dibawahnya terdapat air terjun...”ya Allah, cantiknya”. Ana benar-benar sukakan titi dn air terjun itu. Rasa nak duduk lama2 disitu..mmg tenang dan rasa bahagia.

Sampai ke billik kami yg terletak di banglo sebelah padang, kami terus bergerak untuk ke dewan, membuat persediaan untuk ber KBM esok pagi. Satu ujian lagi menunggu...dewan tersebut terletak nun di puncak..sebiji mcm lagu Gemuruh tu.,..”DARI PUNCAK INGIN KE ANGKASA..”, hehehe..mmg kami ke puncak, Cuma xsampai lagi ke angkasa. Dewan tu punya lah tnggi nun diatas Gunung Santubong..(hehe..memain je)..bukan gunung..tapi bukit. Kami menapak naik bukit yg curamnya tak tahu la berapa darjah(xsempat tanya pula)..:-) bila sampai kat dewan tu, semuanya semput. Tercungap2 dibuatnya. Kesian tgk pak Long n Pak Ngah...

Pendek kata, semuanya yg berlaku di resort tersebut sgtlah indah dan menjadi kenangan manis buat ana. insyaAllah, jika diizinNya.....ingin pergi lagi tempat tersebut. Lebih indah jika pergi bersama org2 yg disayangi..emak ayah...ataupun ngn team Kbm..mmg best!! Bole juga buat “rehlah”...hari keluarga KBM KL..hehehe.insyaAllah.

Oklah..nak tidur dulu, nnti ana sambung lagi siri kedua KBM BAKIT ni beserta gambar2 indah yg ditangkap disitu. Belum lagi cerita part yg adventure n cemas....kereta Pak Long n Akhi Ridwan yg tersangkut di bukit curam utk ke dewan tersebut...huhu..mmg dasyat..alhamdulillah tak terjadi perkara yg tak diingini. Keadaan akhirnya terkawal.

Sekian dahulu coretan KBm hulu langat BAKIT yg ana dapat kongsikan. Tak lupa juga buat semua adik2 peserta KBM Bakit..semuanya sngt2 baik n sporting. Sayang kalian semua..moga kalian menjadi anak2 yg soleh n solehah...yg berbakti kpd orgtuanya....yg kenal dan tahu peranannnya sbg hamba Allah......amiin. moga kita semua menjadi hamba-Nya yg bertaqwa..yg taat n patuh padanya..yg selalu berada di jalan lurus-Nya...hingga akhir hayat kita..hingga kita kembali pada-Nya suatu hari nanti.BILA????..ana juga tidak tahu bilakah “turn” ana. Wallah hu a’lam. Moga kembali padaNya dlm keadaan yg bersedia dn bersih. AMIIIN.

Thursday, November 20, 2008

Allah selalu memberi yg terbaik untukku

Seorang sahabat menasihatiku dengan madah indah saat aku terasa begitu lelah dlm perjuangan ini. Dihimpit masalah dan ujian yang datang sekaligus…..terasa diri ini tidak mampu berdiri. Ujian yg terasa begitu berat….

Terkadang bila perjalanan hidup terlalu mudah, terasa bimbang kerana Allah tidak menguji. Apakah Dia lupa pada ku?? Tetapi pabila ujian datang bertandang, diri ini tidak mampu pula bertahan. Kenapa aku begitu mudah tersungkur???? Segalanya datang serentak, segalanya berlaku pd masa yg sama…….hingga aku jadi benar2 lelah memikirkan jalan penyelesaian untuk semua masalah yg dihadapi. Ya Allah, terima kaish untuk untuk ujian ini. Kerana ia lebih mengajarku erti SABAR dan REDHA. Selepas semua usaha dilakukan, dn itu mmg bukan untukku, aku redha. Apapun telah tertulis di Lauh Mahfuz-Mu. Jika bukan skrg, pasti akan Kau beri diwaktu yg lain. Atau jika mmg bukan untukku, pastilah itu yg terbaik.

Aku terlalu bodoh dlm merencana masa depanku..terlalu bodoh dlm membuat pilihan hidupku. Bimbinglah daku ya Allah.jgn biarkan taqdirku ditentukan olehku sendiri walaupun sekelip mata cuma. Dalam setipa keputusan yg kuambil…….Kau pilihkan dan tetapkan ia untukku.

“Kadang-kadnag kita berdoa untuk KUAT, tetapi kenapa banyak DUGAAN.
Kadang-kadang kita minta CERDIK tetapi MASALAH pula yg timbul.
Kadang-kadang kita minta KEBAHAGIAAN, tetapi HURU HARA pula.
DUGAAN menjadikan kita mental kita kUAT.
MASALAH menjadikn kita BERFIKIR supaya cerdik.
HURU HARA menjadikan kita TABAH.
Hebat tak ALLAH???semuanya ada HIKMAH!!!
Kalaulah manusia tahu hadis ini. “Telah berkata Jibrail, Wahai TUhan, Engkau sampaikanlah hajat hamba-Mu”, maka jawab Allah “Biarkan hamba-Ku itu krn Aku mencintai suaranya.”

Subhanallah……… aku telah pun memiliki kesemua yg kuminta dariNya
.

Thursday, November 6, 2008

LINDUNGIKU DARI PUTUS ASA, YA ALLAH


LANGKAH KAKIKU TERHENTI SEKETIKA

“Kan Allah dah janji jalan Dia mana ada yang mudah, yang senang…itu janji Allah. Tapi kan tinggi ganjaran yang Dia sediakan utk org yg Berjaya harungi setiap keperitan dan kesusahan yang Dia bentangkan…… Allah tu Maha Adil. Lagi besar ujian lagi hebat ganjaran yg menanti disana,” kata akhi ajoy sambil memandangku. Airmataku tumpah saat mendengar baitnya itu. Bukan aku tidak tahu tentang apa yg dia sampaikan padaku tadi. malah ayat itu juga sering aku gunakan utk menasihati sahabat2 ku tatkala mereka sedih dn gelisah.

Namun, diri ini terkadang tewas juga menongkah arus kehidupan. Hari ini aku pula yg menangis tatkala dinasihati dan diingatkan orang lain ttg hakikat SABAR. Aku mengesat airmata yang mengalir..malu juga menangis di kedai makan ni. Dihadapanku ada kak mimy dan Fatimah. Akhi ajoy masih memandangku. Seorang yg aku agak kagumi. Sahabat kepada kak mimy, akhi ajoy punya 5 org anak. Semua anak2 nya sekolah tahfiz. Dia benar2 alim dan zuhud. Perjalanan hidupnya lebih dari segala liku. Mendengar ceritanya buat aku menangis juga.

“Nurull, abang pernah melalui jalan yg sgt kelam..kelam sangat. Hinggalah Allah yg Maha Penyayang menyelamatkn abang dan bawa ke jalanNya yg lurus,” ceritanya padaku lagi. Aku juga dengar dari kak mimy, akhi Ajoy masuk kelab malam berdakwah kat sana. Malah dia juga pernah berusaha tanpa putus asa mengajak seorg kaki mabuk yg akhirnya skrg ni jadi kaki masjid. Subhanallah……..aku benar2 kagum dgn nya.

“Tapi kan, saya selalu rasa bila saya buat baik orang akan ambil kesempatan atas kebaikan saya tu,” balasku lagi tidak puas hati. Hatiku benar2 sakit. Hari ni entah kenapa aku benar-benar hilang sabar. Selama ini aku harus membuat kerja yg sepatutnya dilakukan oleh 2 org. terkejar2 aku dibuatnya. Sudahlah aku berlapang hati membuat tugas yg bukan scope kerjaku, tetapi dimarah2 pula bila lewat siap. Jika selama ini aku mampu tersenyum dan tersenyum tatkala org tu buat perkara yg menyakitkan hati. Tapi aku juga tidak tahu kenapa dgn ku pada hari ini. Mana perginya kesabaran dlm hatiku ini. Hilang entah kemana. Aku merasakan dia benar-benar mengambil kesempatan atas kebaikanku selama ini. Berada di tempat kerja pd hari ni begitu buat aku tension hingga sakit kepalaku. “Akak, balik kerja ni kita jumpa ya. Sy ada perkara nk share,” mesej pendekku pd kak Mimy. Saat itu aku telahpun menangis. Sangat-sangat merasa begitu tidak berdaya. Ya Allah…….lindungiku dari putus asa!!!

Ternyata petang itu kak mimy turut membawa Akhi Ajoy yg sgt alim. Banyk nasihatnya yg menusuk kalbuku..melunakkan hatiku yg bergelora nafsu marah. Astaghfirullah hal adzim…..

“Ok..susah kan bila kita buat baik tapi org balas jahat. Bila kita dah sedaya upaya nak menjaga hati org lain tapi org tu sedikit pun tak menghargai kita,susah kan” tanya Akhi ajoy lagi.

Aku menganggukkan kepala.

“Ha..disitulah gunanya sabar! Kita tidak akan guna istilah sabar tu jika bukan kerana perkara tu susah,perit atau derita. Mmg bila susah tu lah kita kena sabar. Masa tulah kita xsedar sebenarnya Allah nak bagi byk sgt pahala pada kita. Patutnya kita bersyukur, bila Allah beri kita ujian, kita kena byk2 sabar n tahan marah…..semua2 tu kita dapat upgrade pahala kita. Kan untung tu…”, jawab Akhi Ajoy lagi.

“Tapi kan, dlm islam kan kita harus juga menjadi berani, jgn sampai org memijak2 dan menjatuhkan kita. Jgn sampai org menindas kita. Itu harga diri,” hujahku lagi. Aku sgt2 merasa aku perlu untuk membela diriku. Aku harus tidak membiarkan org sewenang2nya memperlakukan aku sprt org bodoh. Walau sering diperlakukan demikian demikian, tetapi masih diam tidak berbuat apa-apa. Itu tidak adil. Bagiku ada batasnya untuk berbuat baik. Bila saatnya aku merasa kebaikanku disalah gunakan, aku mmg tidak mmpu hanya diam dan menurut. Aku harus membela diriku agar tidak dipergunakan org sesuka hati. Bagiku jika org itu tidak pandai menghormati org lain, dia tidak wajar sama sekali dihormati. Aku tidak reti menghormati org yg tidak beradab.

Teringat pula aku pada sinetron Indonesia bertajuk “HIKMAH” tu. Watak Ana yg tersangat baik dan sering sahaja ditipu org atas kebaikannya. Melihat movie itu aku menjadi geram krn Ana tidak sama sekali membela dirinya hingga terus terusan dijadikan bahan mainan org. tetapi terkadang aku juga sebenarnya sama sprt Ana itu. Hingga ada kwn yang menegurku, “Halawati, awak ni terlalu baik la. Sbb tu selalu je kena tipu”. Aku hanya terdiam tidak tahu apa yg harus dijawab. Tapi aku juga ingat pada pesan ustazku, “Jika kita tolong org dan buat 1 kebaikan pd org lain, Allah akan balas seribu kebaikan utk kita,” kata-kata itu membuat aku berfikir tidak salah rasanya aku bersusah payah menolong org walau terkadang diri ini yg terkorban. Bukan balasan yg diharapkan, tetapi krn aku tersangat tidak mampu mengatakan TIDAK bila seseorg dtg meminta pertolonganku. Cuma yang membuat aku tersangat sakit hati dan pedih bila kebaikan yg diberi membuatkan mereka mengambil kesempatan dan terus-terusan membuli dan menampakkan aku sprt org bodoh pula melakukan hal itu.

Sejak dari belajar lagi aku mmg sering dipergunakan tanpa disedari. Jika di uitm, kwn2 ambil kesempatan meniru assignment, buku yg dipinjam tidak dipulang2, byk lagi perkara yg menguji kesabaran. Kerana berbuat baik akhirnya aku juga yg terkena. Malah aku pernah juga dimarahi sepupuku. Katanya aku bodoh sekali mmberi kwn2 tiru assignmentku. Cari susah2 pastu bagi org tiru. Tetapi aku tidak kisah..bagiku aku menolong dia. Itu sahaja. Tetapi….mmg bila sering berbuat baik aku selalu menjadi mangsa juga. Dijadikan org sbg tmpat mengadu bila mereka susah..tapi bila saatnya aku perlukan pertolongan, tiada yg berdiri disisi. Semua itu aku pernah melaluinya..pernah kenal org2 yg selalu muncul saat mrk susah, dn hilang bila mereka senang. Aku memang suka menolong orang dan tidak kisah untuk susah demi membantu org lain….hingga ada pernah yg menasihatiku.”Nak buat baik pun biar berpada-pada. Jgn sampai memakan diri”!!

“Nurull…sabar tu pahalanya ada bertingkat2. Sabar menahan musibah…sabar ketika menahan marah…..sabar dlm beribadah. Tapi ada yg lebih tinggi pahala sabarnya. Bila kita memang berada dipihak yg benar, kita mmg tak salah..dan kita boleh untuk marah sebenarnya..tetapi jika kita sabar dan berdiam diri pahala sabar itu lebih tinggi nilainya. Mmg kita tak salah, mmg jelas2 tahu dia yg salah..tetapi kita diam dn sabar..itu lebih tinggi pahala sabarnya..”, balas Akhi ajoy membuatkan aku termenung seketika. Mmg pahit menelan marah..menelan derita…..terkadang pedihnya terasa ke perdu hati. Mengingatkn janji-janjiNya…terasa hilang segala derita yg dirasai. Kata-kata Akhi ajoy itu mmg tepat. Bak kata ustazahku,”Jika ingin tahu apakah kita benar berada dijalanNya…lihatlah jalan itu senang atau susah. Jika kita sering susah, derita dan ujian demi ujian yg bertandang..kita mmg berada dijalanNya. Tetapi jika jalan yg kita lalui terasa begitu senang dan nikmat..terasa bahagia je tanpa halangan dan ujian..itulah yg perlu ditakuti. Must be something wrong!!”

Akhirnya aku menangis lagi. Kali ini aku menangis bukan kerana hati yg kecewa dan sakit. Tetapi menangis kerana cintaNya. Menangis krn merasa aku berdosa amat dgnNya..menangis krn aku tiba-tiba gagal mendidik jiwaku ini hingga aku tenggelam dlm gelombang bisikan syaitan laknatullah.

“Ya Allah………tolong lindungiku dari putus asa. Ajarkn daku untuk selalu bersabar. Ajari daku mendidik jiwaku ini..selamatkn aku dari nafsu marah yg menjadi pintu kepada syaitan utk masuk dlm diriku. Jangan dibukakan pintu itu Ya Allah. Aku ingin punya hati yang tenang, hati yg tidak merasa sakit atas setiap ujianMu..hati yg tidak terguris dengan mainan taqdir yg selalu menguji..amiin

Friday, September 5, 2008

Menjelang Kewafatan rasulullah s.a.w

Bismillahirrahmanirrahim…
Membaca ttg menjelang saat kematian Rasulullah membuat aku menangis. Rindunya utk bertemunya, rindu utk melihat wajah Rasulku ini, rindu menatap wajahnya yg terang bercahaya bak sinaran bulan itu…oh Tuhan, sampaikan salam penuh kerinduanku pada Rasulku yg tercinta itu. Aku ini ummatnya yg sedang berusaha memperjuangkan dakwahnya, memperjuangkn agamanya..izinkan aku mencontohi kesabaranya dlm berjuang di jalan-Mu Ya Allah.


Saat Rasulullah jatuh sakit, lalu tidak dapat turut serta utk solat berjemaah, Abu Bakar ra menjerit lalu pengsan lantaran tidak dapat menahan perasaannya. Orang2 didalam masjid menjadi bising krn Rasulullah tiada bersama mereka…Lalu Rasulullah sedaya upaya dlm keadaan sakit memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra untuk membimbingnya ke masjid utk bersolat bersama kaum muslimin. “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Saat Malaikat maut dtg untuk mencabut nyawa Rasulullah, bertanya Rasul pada Jibril ttg khabar gembira. Ternyata apa yg lebih merisaukan Rasulullah adalah ttg umat2 nya.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”

Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?
Rasulullah SAW menjawab:Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Ya Allah, sungguh sedih membaca saat perginya seorg hambamu yg mulia ini. Kerana kemuliaannya, kehilangnnya begitu dirasai oleh para sahabat dn kaum muslimin. Dunia ini begitu merasakan kehilanganmu Ya Muhammad kekasih Allah. Ummatmu ini begitu rindu padamu…..moga dpt bertemu dgn mu di hari kebangkitan kelak, diberi syafaatmu ya Rasulullah.

Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”

Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Ya Rasulullah, aku mencintaimu selepas Allah Yg Maha Esa..”Aku bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah…….”

Setelah Rasulullah SAW meninggal dunia, Abu Sufyan bin Haris selalu menangisi dan meratapinya dengan syairnya:
Aku tidak dapat tidur dan malam pun susah berakhir

Malam bagi orang yang ditimpa bencana akan lama rasanya.
Tangisanku membuatkan aku bahagia
Sesungguhnya musibah yang menimpa kaum Muslimin itu tidaklah seberapa
Betapa besar dan beratnya cubaan ini pada waktu mendengar berita bahawa Rasulullah sudah tiada
Bumi tempat tinggal kita inipun ikut serta menderita
sehingga terasa miring segala sudutnya.
Telah terputuslah wahyu Al-Quran dari kita
di mana dahulu malaikat Jibril selalu datang membawanya.
Dialah Nabi yang telah melenyapkan syak wasangka kita
dengan wahyu yang diturunkan kepadanya dan sabdanya
Bagindalah yang telah menunjuki kita
sehingga kita tidak perlu bimbang dan terpedaya
Rasulullah selalu siap memberikan petunjuknya kepada kita
Fatimah, jika kamu bersedih meratapinya,
hal yang demikian itu dapat kami mengerti.
Akan tetapi jika engkau tidak bersedih, itulah jalan yang baik yang telah ditunjukkannya. Makam ayahku adalah makam dari setiap makam
kerana di dalamnya bersemayam seorang Rasul
Tuan bagi seluruh manusia.

Monday, August 25, 2008

YA TUHAN, BERI DAKU KEKUATAN UTK MENERUSKN AMANAH INI..


Ya Allah, ngantuknya…dah lama rasanya tak tidur dgn cukup..hm..LETIH, PENAT, LESU..SAKIt..itulah lumrah dalam perjuangan. Mana ada yg namanya perjuangan itu “mudah”. Rasululullah s.a.w dahulu bukan sedikit derita dan jerih perih yg ditanggung baginda……..namun dibibirnya sering terukir senyum menerima hadiah dugaan dan ujian dari kekasihnya..Allah s.w.t. ……..itulah seorang pejuang sebenar. Subhanallah, ana belum benar2 seorg pejuang kerana baru penat sedikit, baru tidak tidur beberapa hari udah tidak mampu meneruskn langkah..ya Allah..lemahnya daku ini!!

Memang sejak beberapa minggu ini ana tidak cukup tidur. Jadi muallimah, seawal pukul 6.45am udah keluar rumah dan sampai umah dlm pukul 7pm. Malam kena buat banner n design utk program dakwah(dlm rencana hingga akhir tahun ada 3 program dakwah bakal diadakan..insyaAllah..)..dan kebetulan kak ram mintk tlg buatkn assignment n kertas kerja project dia…….Dan setiap hujung minggu mmg xboleh usik..itu program KBM ana(wah.rinduuuunyer nk ber KBM..setiap minggu terasa indah dgn kebersamaan yg Allah anugerahkn…amiin) laman web KBM

”Kak NUrull, akak baru dilantik jadi setiusaha Jim Petaling” kata Fatimah, adik usrahku kelmarin saat ana sedang kBM di Sek.AL Amin. .

Lama ana termenung panjang…….teringt pula pd ayat Allah dari Surah Al Ahzab ayat 72 “Sesunngguhnya Kami telah mengemukakan amanat kpd langit, bumi, dan gunung ganang, maka semuanya enggan utk memikul amanah itu dan mrk khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesunggunya manusia itu amat zalim dan bodoh ..”

Zalimkah ana???bodohkah ana?? Ana tersangat2 takut seandainya diri ini berlaku zalim tanpa sedar. Ana menerima amanah demi amanah tetapi tidak terpikul pula..ya Allah, beri daku kekuatan dari kekuatanMu utk terus berjuang di atas jalanMu ini…izinkn daku mengrjakan amal2 soleh yang Engkau redhai…demi mengharap redha dan cintaMu!!! Aku tidak tahu ya Allah, apakah amalan2 ku diterima?? Apa yg bakal aku bawa utk dipersembahkan pdMu kelak…mungkin bila dihitung2, amalanku SIFAR!! Ya Allah..terimalah amalku..terimalah ibadaku….janganlah amal2 ku ini membwa daku ke nerakaMu..amiin.

TAdi baru jumpa mudir, Ustaz Rahim…”enti, nnti enti dihantar ke kursus selama 5 hari..Kem Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM), peringkat Kbangsaan. Seluruh wakil muallim dan muallimah seluruh Malaysia akan hadir pd kursus kenaikan pangkat untuk Laftenan Muda…ana sekadar mengangguk dgn penuh sami’na wa ato’na..sedang dlm kepala terbayang2 beberapa program yg sepatutnya pda masa itu ana sertai….terbayang2 kerja2 lain dan tanggungjwb lain…”Ya Allah……….ini jalan yg Kau beri…maka beri daku kekuatan utk melaluinya.”. pulang ke rumah sewa ana, Fatimah si adik usrah ketawakan ana…..

“Ish..ish..Kak Nurull yang lemah lembut camni kena gi kem Laftenan Muda….tak dapat dibayangkan,,”..amboi2..sesedap rasa ye menggelakkan org. Belum cuba belum tahu. Dia tidak tahu ni kak nurull dahulu kecik2 mmg lasak..hehe..bila besar je ayu dan nampak lembut, tetapi insyaAllah, selagi perkara itu baik utk kku, utk agamaku..untuk jihadku pastilah aku melaluinya..Dalam kepala ana pun tak dapat bayangkan bagaimana suasananya di kem itu. Selama 5 hari di hutan…dgn ujian2 ketahan mental dan fizikal…Ya Allah, moga dipermudahkan segalanya.

Dan malam itu ana pun mula menghantar sms pd kak khansa’, (kak, maaf ana tak dpt hadir meeting JIM pusat malam ni.Dan utk KBM Belia hari sabtu ni ana tak dapat sertai juga krn terpaksa ke KEm Laftenan Muda di perak.
Kebetulan emak ana baru mengalami kecederaan parah di tangnnya kerana terkena kipas). Dan selepas itu ana kirim msg2 itu pd kak mimi, cik min, dan k,yong team KBM. Kirim sms ke kak ram kerna xdapat turut serta dalm meeting utk program dakwah yg bakal berlangsung bulan ni.

Huhu.....afwan kpd semua......sesungguhnya tanngungjawab ini terlalu byk utk dipikul........malah keluarga di rumah juga memerlukan ana saat ibu dirawat di hopital........sekolah memerlukan ana sbg muallimah utk melatih mrk dlm Kadet Remaja Sekolah....ajk dakwah memerlukan ana utk menyiapkn banner(afwan en.zuraidi...banner tak siap2 lagi)........saat itu diri ini hampir tersungkur lelah....................utk segalanya. Namun Alhamdulillah, Dia masih beri daku kekuatan utk hadapi segalanya..kan ana jua yg meminta pdNya.....”Ya Allah, jadikanlah kehidupanku ini tempat utk aku menambah2 amal kebajikan pd-Mu........” nah itulah...kan Dia telah beri................jalan2 yg Dia beri ini semuanya memerlukan ana menumpahkan keringat dan lelah demi agama dan amanah ini..makanya ana seharusnya bersyukur krn Dia membuka jalan kebaikan ini utk ana...........Cuma satu yg dipinta...terimalah amalku ya Allah...terimalah.!!!!

Saturday, August 2, 2008

Doaku untuk si dia


Allah Yang maha pemurah....
Terimakasih Engkau Telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengan nya

Terimakasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama...
Terimakasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama...
Terimakasih untuk setiap saat saat lalu


Aku datang di hadapan Mu, sucikan hati ku Yaa Allah,
Sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidup ku
Yaa Allah, Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Jangan biarkan aku merindukan kehadirannya.
Jangan biarkanlah aku melabuhkan hati ku di hatinya.
Kikislah pesona dari pelupuk mata ku dan usirlah dia dari relung hati ku.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih daripada Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.


Tetapi jika engkau ciptakan dia untuk ku, yaa Allah.
Tolong satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.

Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahwa aku sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka ku dengan dia.

Yaa Allah yang maha pengasih, dengarkanlah doa ku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak Mu.
Allah yang maha kekal, aku tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik untuk ku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Keadaan ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan Mu.........

Lebih peka terhadap suara- Mu yang membimbing aku menuju terang Mu....

Ajarilah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan. Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak aku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Yaaa AllahAmiiin ......

---> Aku yakin ya Allah, bila saat dan waktu yg tepat Kau pasti temukan kami dlm keadaan yg mulia. Amiin..dan sehingga saat itu ya Allah, bantu daku menjaga kesucian dan kehormatan yg paling tinggi ini buatnya. Moga daku bisa menjadi isteri solehah kpd seorg lelaki yg soleh..amiin

Wednesday, July 23, 2008

Mendidik diri supaya mendapat"MUTMAINNATUL QULUB"

Innahu min Sulaimana, wa innahu bismillahirrahmanirrahim..(An:Naml ayat 30)

"Wahai orang2 yg beriman, Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 kebajikan, dan kuatkankah kesabaran kamu ( lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangn) dan bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) surah Al-'Imraan ayat 200"

Ayat diatas sangat2 bagus jika diamalkan..semasa memasak dirumah, utk mengeratkn ikatan ahli keluarga, dan moga selalu diberi hati yg bersabar, tenang walau dlm keadaan apa pun, semasa memasak n kacau2 lauk tu..bacalah ayat ni.Suhanallah..kan dpt keberkatan. INsyaAllah, anak2 yg makan, suami isteri dlm rumahtangga diberkati dn dikurniakan hati yg selalu merasa cukup dn tenang..(moga ana dpt lakukn ini nnti bila da khawin..insyaAllah).

Semasa ana ke kuliah ustaz Pak Yazid baru2 ini, ustaz jemputan ialah Ustaz Bakar, merupakan salah seorang anak murid Ustaz Haron Din..alhmdulillah, byk sekali ilmu yg ana perolehi..ayat2 al quran utk mengubat pelbagai sakit...malah ustz juga ada ajar cara utk menghentikan tabiat merokok..dgn membaca surah Al MAsad..(Tabbat ya da....), bacaan dan step2 yg harus diikuti. Hurm..siapa2 yg rasa nk berhenti merokok. tapi susah nk hentikn tabiat itu, boleh ana ajarkn.insyaAllah.......

Dan yang paling istimewa ana sempat berbincng dgn ustaz mengenai hal yg amat penting. Kebetulan saat itu semua org yg pd mulanya mengerumuni ustaz utk minta dibaca ayat2 tertentu..tiba2 semua dah pergi...tinggal ana terkulat2 disitu. Pd mulanya ana bercadang utk bertanya, tetapi tidak berani krn teramat malu utk bersembang dgn ustaz yg alim bangat itu.huhu...tapi itulah..Allah mengizinkn ana berbincng hal ini dgnnya..saat berbincng hal itu dgnnya, ana tunduk aja krn tidak berani angkat muka...mklumlah org2 alim ni bole baca bila pandang muka kita. Itu yg ana belajar masa di sekolah maahd dulu. Org2 yg alim Allah beri anugerah "kasyaf" pd mereka..mereka boleh melihat jauh dari apa yg kita lihat, krn hati mrk bersih.,,,,Allah singkap hijab2 yg ada diantara mereka..huhu..makanya sbb itu ana teramat2 malu pd ustaz tersebut.

Dan sangkaan ana mmg benar...ustaz mmg bole mmbaca apa yg tersirat n tersurat. Saat ana utarakan kisah mimpi ana itu, ustaz pun berkata...." Baguslah..kamu teruskn amal zikir Imam Al Ghazali tu..mmg bagus... Bila kita dekat dgn Allah, Dia mmg akan beri petunjuk dn jalanNya..". Ana tersentak seketika..."Eh, mana ustaz tahu ana mmg amalkan zikir Imam Al Ghazali itu..". Mmg ada suatu saat dulu, emak ana pernah bagi pd ana zikir yg diamalkn Imam Ghazali setiap hari. Jika isnin "Lahau lawa la quwwata illa billahil 'aliyul adzim.." dn seterusnya sampai ahad ada bacaan2 tertentu...dibaca 1000x sehari. Mmg byk fadilatnya......ada dulu ana tulis di Bulletin Fs supaya diamalkn zikirnya.

Berbalik pd kisah ana dgn ustaz Bakar tadi..kata ustaz lagi, bila kita dekat dgn Allah, Dia pasti akan beri kita jalanNya, beri petunjukNya..da insyaAllah kita akan selalu dipanduNya..waduuh, bahagia amat ana mendengarnya. INsyaAllah, moga diri ini kn selalu berusaha agar menjadi hamba yg dekat dgnNya, yg mpunyai jiwa "Mutmainnatul Qulub"(HAti yang Tenang..")amiiin.

Pd kuliah itu jg, ustaz byk menyebut ttg balasan2 bg orang yg meringakn SOLAT nya. Walaupun seseorg itu solat penuh 5 waktu sehari semalam, tetapi jika solatnya itu didirikan diakhir waktu dgn sengaja, dn meringankn2 solatnya, nnti semasa dia mati kuburnya bernyala api. Dan RAsulullah s.a.w semasa peristiwa Isra' Mikraj dibawa melihat dlm neraka, ada golongan yg menhantukkn batu dikepalanya sehingga hancur, kemudian diketuk lagi dn seterusnya. itulah mrk2 yg didunia meringankn solatnya.
Dan selalulah berzikir pd Allah..3 perkara yg amat ringan bagi lidah, tetapi amat berat ganjarannay disisi Allah ialah "Subhanallah, Alhamdulillah.Allah hu akhbar". Sekali kita sebut "Subhanallah, ganjarannya ialah Allah bagi seketul emas sebesar Bukit Uhud pd kita....Subhanallah, begitulah tingginya kasih syg Allah pd hamba2Nya..tetapi susah sekali hambaNya mahu menunaiknnya. Tetapi, jauh dari segalanya bukan pahala semata2 yg kita harapkn, lebih dari itu ialah mengharap REDHA dan cinta Allah.
"YA ALLAH, REDHA-MU YG SGT KU RINDUKAN....MARAH-MU YG SGT KU TAKUTI...!!LEBIH BAIK KAMI HIDUP MISKIN...ASAL DALAM REDHA-MU...KAMI TIDAK INGIN PD KEKAYAAN .TETAPI DI DALAM MARAH-MU..."

Akhirul kalam..bagi mengakhiri blog ana ini, bersabarlah duhai hati2 yg mengaku beriman denganNya..mmg saat ini byk sekali nikmat2 yg Allah telah tarik...mula2 tepung naik harga, kemudian minyak masak, kemudian beras..dn terbaru minyak petrol//itulah tanda akhir zaman. Hasil2 bumi byk sekali, MAlaysia ada minyk sendiri, ada hasil kelapa sawit yg byk..tetapi hasilnya tidak diperolehi..Allah telah tarik nikmatNya sedikit demi sedikit. JAdi...bagi kita yg mengaku beriman dgnNya, pandnaglah dgn mata HATi IMAN...didik diri dn hati ini agar selalu BERSABAR..BERSABAR..dan BERSABAR..insyaAllah, walau ujian seberat apapun yg dtg lagi selepas ini, hati kita masih mampu mengucap.."ALHAMDULILLAH..SYUKUR PD Mu YA RABBI.."

Monday, July 14, 2008

Warkah Buat Ibu sempena hari lahirku yg ke23

Warkah buat ibu sempena hari lahirku yg ke 23

Ibu..sempena hari lahirku ini, kutujukan warkah luahan hati ini buatmu. Utk menyatakn rasa terima kasih yg tidak terhingga buatmu duhai ibu yg membawa aku kedunia ini. Diiringi tagisan syahdu, aku menulis luahan ini, menyatakan betapa aku menyayangi dn mencintaimu selepas Allah dan Rasulku.

Ibu…sungguh aku lah insan paling bertuah atas mukabumi ini kerana mempunyai ibu sehebatmu. Akulah juga anak yg paling bertuah krn mempunyai ibu setabahmu. Kesabaran dn pengorbananmu tiada batasnya. Kasih sygmu lahir begitu tulus dan suci untukku. Maka engkaulah yg plg kucintai setelah Allah dan rasulku…syurgaku ada dibawah telapak kakimu..maka izinkan aku menciumnya, izinkn aku sujud pd syurgaku itu.

Aku bermohon spnjg hayatku, jgn sampai aku membuatmu berkecil hati, jgn sampai aku membuat engkau menitiskn airmata. Sungguh aku xsanggup memafkan diriku sendiri andainya diri ini telah membuat engkau terluka duhai ibu yg tercinta.

Ibu…seiring dgn kedewasaanku…pd 17 February ini usiaku genap 23 tahun.Duhai ibu tercinta..selama 23 tahun ini, tidak dpt kukira berapa banyak keringatmu mengalir demi membesarknku, betapa byk pengorbananmu buatku..malah betapa byk tangisan yg pernah kau tumpahkan utkku. Kesabaran dan kasih sygmu tiada batasannya. Malah tidak pernah kulihat riak kecewa atau lelah diwajahmu spnjg tempoh itu.

Ampunkan daku ibu, kiranya dlm tempoh 23 tahun ini, aku pernah membuatmu begitu susah hati dgn kerenahku..ampunkan aku ibu jika dlm tempoh 23 tahun ini bicaraku pernah mengguris hatimu..ampunkan daku ibu jika dlm tempoh 23tahun ini pernah aku mengingkari permintaan dan suruhanmu.
Ibu, sungguh segala kecacatan dn kekurangn itu krn aku masih mencari2 resepi kehidupan. Masih merangkak2 aku mengenal hidup yg mmg selalu menguji. Ampunkn daku ibu….sepanjng tempoh ini jika aku gagal menjadi anak yg terbaik buatmu, gagal menjadi penyejuk mata buatmu. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, ku pohon ampun pdmu duhai ibu.

Ibu..walau diberi sepanjang hayat kesempatan pun, nescaya xcukup untuk aku membalas segala jasa dan pengorbanmu dlm membesarknku. Malah tidak mampu juga aku bayar atau meletakkan harga utk air susumu yg telah ku teguk. Tiada harganya utk kuletak demi membayar segala jerih payahmu mendidikku, memberi segunung kasih sygmu untukku, memelukku saat aku ketakutan, menyuapkan makanan ke mulutku, mendodoikan tidur malam ku…..harus bagaimana aku membalasnya jika tiada harga utkku bayar. Hanya yg termampu aku lakukan, menyedekahkan sebanyk2 doa buatmu, Moga Dia menyayangi dan mengasihimu seperti mana ibu menyayangi dan mengasihiku sejak kecil hingga ke saat ini.

Walau aku makin dewasa, namun aku masih tetap anak kecilmu ibu. Masih aku perlukan dorongnmu, pelukanmu, kasih sygmu. Tiada apa yg pernah berubah….meski aku makin dewasa dlm meniti perjalanan ini, namun aku masih lagi anakmu yg sama seperti 23 tahun yg lalu. Aku masih mengharap doamu utk berjaya, masih aku mengharap redhamu dlm apa jua yg aku kerjakan..masih aku perlukan persetujuanmu dlm mencari jodohku. Tidak akan aku membelakangimu walau sedikitpun untuk masa depanku. Kerana engkau segalanya buatku. Dari aku lahir..hinggalah saat aku melihat duniaNya buat kali terakhir, engkaulah insan yg paling dekat dihatiku.

Ya Allah..aku menyayangi dan mencintai ibuku krnMu. Aku begitu cintakannya tuhan..tolong Engkau lindungi ibuku selalu dr segala2 nya. Selalulah Engkau ukirkn senyuman di wajahnya, supaya kutahu ibuku sedang berbahagia dgn hidupnya. Selalulah Engkau payungi dia dgn rahmat dn kasih sygMu yg tiada bertepi itu. Ku xmampu membalas semua kebaiknnya utkku…aku xmampu YA Allah membayar segala pengorbanannya utkku.


Oleh itu, didiklah aku Ya Allah, supaya mampu menjadi anak solehah yg terbaik buat kedua orgtuaku. Agar mereka merasa bahagia selalu dgn kehadiranku, agar mereka sejuk hati tatkala melihat wajahku. Jadikan aku anak solehah, yg selalu mendoakn kebahagiaan orgtuaku. Kerana dibawah telapak kakinya surgaku ada….krn dibawah redhanya kejayaan dn kebahagiaan itu ku raih. Ibu, engkaulah permata hatiku dunia dan akhirat. Sayangmu kubawa hingga ke syurga. Salam sayang penuh cinta dr anakmu yg kian berumur 23 tahun.

Tuesday, July 8, 2008

Doaku pdMu ya Rabb..buat pemilik tulang rusukku


Tuhanku...
Aku berdo'a untuk seorang ikhwah yang akan menjadi bahagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang ikhwah yang akan meletakkanku pada posisi keempat di hatinya setelah Engkau, rasul dan umminya..
Seorang pria yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu

Wajah tampan dan daya tarik fisik tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup
Sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas
Seorang ikhwah yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang ikhwah yang tidak hanya memujaku
Tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah

Seseorang yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tapi karena hatiku
Seorang ikhwah yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya

Tuhanku...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu
Seorang ikhwah yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang ikhwah yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya
Seseorang yang membutuhkan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Tuhanku... Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu..
Sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
Mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu,
Aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
"Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan

Amiiin ya Allah..Allahumma Amin. Kabulkan ya Allah doaku ini.

Monday, July 7, 2008

Subhanallah,Cantiknya Akhlak Rasulullah


Cantiknya Akhlak Nabi


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akandipengaruhinya" .
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW tidak ada lagi orang yangmembawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW .Beliau bertanya kepada anaknya itu,
"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".
Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana ", kata Aisyah.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik,
"Siapakah kamu ?".
Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu diberikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika itu juga pengemis itupun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
p/s: Subhanallah...Rasulullah berdakwah melalui akhlaknya sahaja. peribadi Rasululullah s.a.w merupakan AL quran yg bergerak. Moga kita selalu mendidik dn menyulam akhlak kita seindah Rasulullah s.a.w.
Nabi pernah bercucuran darah, pernah dihujani panah dan dihina demi ISLAM..Namun, kita kadangkala rebah tersungkur sebelum melangkah hanya dek krn takut, malas dan bimbang. Ya Allah, jangan dicicirkn daku dari jalan dakwah ini, jalan yg dilalui oleh Rasul2 ku, jalan org2 yg Engkau beri nikmat. Amiin

ALLAH TIDAK BERHAJAT PD KETAATAN HAMBA2NYA


Bismillahirrahmanirrahim

Pukul sepuluh pagi aku berdiri,
berjalan dan lalu berlari,
di bawah sinar mentari.
Panasnya menusuk kulitku,
dan menyilaukan mataku,
namun tenang menembus hatiku.
Hangat,
ketika aku meraba-raba keagunganNya.
Ingin ku peluk dunia,
karyaNya, ciptaanNya,
Ingin ku utarakan semua
Biar dunia tahu,
aku bangga sebagai makhlukNya!

“Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-ganang dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah, atau oleh kerananya orang-orang yang sudah mati dapat berkata-kata, tentu (Al –Quran itulah dia). Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidaklah orang-orang yg beriman itu mengetahui bahawa seandainya Allah mengkehendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir sentiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji” . Al – Ra’d (Guruh), 13:31

Subhanallah, ayat diatas sungguh menggetarkan hati sanubari…..Moga kita semua menjadi hambaNya yang beriman dan bertakwa pd-Nya. Yang selalu berpegang dgn tali-Nya hingga ke akhir hayat, dan dipandu serta dituntuni-Nya melalui jalan siratalmustaqim Nya.Allah humma amiin.

Disini ana ingin berkongsi satu lagi isi kuliah yg mengupas mengenai kekayaan dan kekuasaan Allah sedikitpun tidak berkurang ataupun bertambah dgn ketaatan ataupun kefasikan hamba-hamba-Nya. Apa-apa pun yg Dia beri..segala syarat2 dan peraturan yg Allah gariskn dalam Al quran itu bukan untuk menyusahkan hamba-hambaNya, sebaliknya untuk kebaikan kita semua juga. Sedikitpun Dia tidak untung ataupun rugi sama ada kita taat ataupun tidak padaNya. Sedikitpun TIDAK!! Sebaliknya yg rugi itu, yg malang itu hamba2Nya yg ingkar pd segala perintahNya.

Seperti contoh, jika di Malaysia…bagi mengurangi kes demam denggi yg byk meragut nyawa ini, lalu kerajaan mengadakan penyiasatan rumah ke rumah bagi memastikan tiada takungan2 nyamuk aedes di rumah. Dan jika ditemui adanya wabak tersebut, pemilik rumah akan didenda. Syarat itu dibuat demi kebaikan masyarakat bukan??? Demi menghapus aedes, langkh itu diambil. Tapi denda itu kn utk kebaikan juga, krn jika tidak dibuat begitu pasti byk rumah2 yg tidak prihatin dn membiak nyamuk aedes dgn byk. JAdinya, kaitknlah ia dgn peraturan Allah juga. Jika sesuatu itu Allah larang, jika sesuatu itu Allah suruh..jika sesuatu itu Allah letakkan garis dan had nya…maka patuhilah. Ia bukan utk Nya, sebaliknya utk kebaikan hamba2Nya juga. Ini adlah kerana Dia sangat sayang dan kasih pd hamba-hamba-Nya. Allah lebih kasih pd kita sebelum semua orang kasih pada kita. Allah yang mula-mula sayang pd kita sebelum ibu kita menyayangi kita semasa kita lahir.

Kenapa tidak boleh berzina?? Kenapa tidak boleh minum arak?? Kenapa kena pakai tudung?? Kenapa kena solat? kenapa kena puasa?? Semua peraturan itu pastinya kerana ianya utk kebaikan hamba-hambaNya. Jangan dipersoalkan peraturan-peraturannya. Kelak, di akhirat……..apapun alasan tidak diterima Allah. Orang2 yg fasik itu akan selalu memberi alasan.

Tidak boleh solat kerana terlalu sibuk?? Adakah kamu lebih sibuk dan punya kerajaan yang sgt besar lebih dari Nabi Sulaiman…yang kerajaannya begitu luas hingga setiap perjalanannya dipayungi sang burung-burung. Namun, apabila tiba saatnya menyembah Allah, tersembam mukanya kebumi sujud pd Allah Yang Maha Memberi.

Tidak boleh solat kerana sakit?? Adakah kamu sakit lebih teruk dari Nabi Ayyub yang badannya hancur dimakan ulat-ulat, namun tidak pernah dia merungut apatah lagi meminta Allah menyembuhkn sakitnya. Cuma ketika ulat itu sudah sampai ke mulutnya, saat itu dia meminta, “ Ya Allah, janganlah ulat2 ini menghancurkn lidahku, kerana aku mahu menyebut namaMu, mahu bersolat dan beribadah pdMu dgn sempurna..”. Subhanallah..hanya itu yg dipintanya.

Ramai wanita yang mempersoalkan perihal bertudung. Kenapa kena pakai tudung??? Kenapa kena tutup aurat??? Jika bertanya, kenapa tidak dicari jawapannya…??Kenapa tidak dicari sebabnya?? Kerana jika kalian mencari pasti Dia temukan, pasti Dia beri jawapanNya. Jika kita mencariNya, Dia pasti datang bertandang dlm hati kita. Allah mengikut prasangka hamba-hambaNya.
Manusia sengaja buat2 lupa, pandai-pandai mengambil dan memilih hukum2 Allah dengan sendirinya. Boleh pula solat, tapi tak nak pakai tudung….Kenapa hukum dan peraturan Allah itu diambil sekerat2, diambil separuh2. Kenapa tidak diambil semuanya??

Imam Ibnu Atha’ilah menulis dalam kitab Hikam:
“Tiada gunanya bagi Allah ketaatanmu dan tidak mudarat pada Allah maksiat (dosa mu) dan sesungguhnya Allah menyuruh kamu berbuat taat dan melarang kamu melakukan maksiat (dosa) , sebab semuanya adalah untuk kepentinganmu sendiri”

Sifat Allah yg Maha Mulia pun tidak akan berubah dengan ketaatan atau pun kemaksiatan yang kita lakukan. Kita sendiri yang akan menerima akibatnya di atas perbuatan yang kita lakukan.

Dalam sebuah hadis kudsi , Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah SWT berfirman:

“Wahai Hamba –Ku, andaikan orang yg pertama hingga terakhir dari kamu, jin dan manusia semua bertakwa, maka yang demikian itu tidak menambah kekayaan-Ku sedikit pun.
Dan sebaliknya jika kamu melakukan sejahat-jahat perbuatan, maka yang demikian itu tidak mengurangi kekuasaan kerajaan-Ku sedikit pun, sekadar sebagai kurangnya air laut jika diambil dengan jarum..”

Allah hu akhbar!!! Berdoalah pd-Nya..semoga kita selalu diberikan petunjuk serta hidayah dari-Nya. Kita ini si fakir………..seperti Firman Allah dari surah Al Fath ayat ke 15: "Wahai manusia, engkaulah yang fakir terhadapku, dan aku Maha Kaya dan Maha Terpuji”

Ya..begitulah kita..seperti fakir yang menadah-nadah dan meminta begitulah kita dengan Allah, menadah, merayu-rayu dan meminta-minta rezeki, kesihatan, hidayah dan segalanya…..Adakah Allah akan lebih kaya dan lebih agung dengan ketaatan kita???? Adakah islam lebih menjulang dengan dakwah kita?? Sekali-kali tidak!!!! Bahkan kita lah yang berkehendak Allah serta islam itu dalam hidup.

Subhanallah….Maha Suci MU Ya Allah, Sesungguhnya aku yang berkehendak kepada-Mu, tapi Engkau Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Sesungguhnya aku ini bagaikan sebutir pasir …lemah lagi kerdil tidak bermaya., fakir yang miskin…yang mengemis rahmat-Mu. Berilah padaku Ya Allah….berilah Ya Allah..berilah padaku.amiin.

Thursday, June 26, 2008

JADIKAN DAKU HAMBA YG BERSYUKUR

SYUKUR KU PD MU YA RABB......
Setiap kedip mataku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang melihat, tetapi buta.

Setiap tarikan nafasku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mencium,
Tetapi tidak mampu membau.

Setiap suara yang kudengar Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mendengar, tetapi tuli.

Setiap desir angin yang kurasa Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang merasa, tetapi kebal.

Setiap degup dan detak jantungku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang hidup, tetapi mati.

Akhirnya Ya Allah,
Jangan Kau cabut rasa syukurku ini dari hatiku,
Yang dapat membuatku buta, bebal, tuli dan mati

Dalam sebuah hadis kudsi , Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah SWT berfirman:

“ Wahai Hamba –Ku, andaikan orang yg pertama hingga terakhir dari kamu, jin dan manusia semua bertakwa, maka yang demikian itu tidak menambah kekayaan-Ku sedikit pun. Dan sebaliknya jika kamu melakukan sejahat-jahat perbuatan, maka yang demikian itu tidak mengurangi kekuasaan kerajaan-Ku sedikit pun, sekadar sebagai kurangnya air laut jika diambil dengan jarum..”







Monday, June 23, 2008

LUASNYA NERAKA..!!!


LUASNYA NERAKA
ﻻالهاﻻالله محمدرسولال!!!

"Hai orang-orang yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.." Al Tahrim 66:6

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .:

Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar ,
Nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai" TANBIHUL GHAFFILIN)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk"

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. "

Sunday, June 22, 2008

"Perkenankanlah Aku mencintaiMu semampuku"


Penulis : Isti YuliarsoKotaSantri.com : Ya Allah, Ya Tuhanku...Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku


Tuhanku...
Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
Lembar demi lembar kitab kupelajari
Untai demi untai kata-kata para ustadz kuresapi
Tentang cinta para nabi
Tentang kasih para sahabat
Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada


Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan pada idealisme yang mengawang di awan
Tapi Rabbi...
Berbilang detik, menit, jam, hari, bulan, dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama
Tapi...Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai
Dalam cita yang mengawang
Sedang kakiku mengambang tiada menjejak bumi
Hingga aku terhempas dalam jurang nan kegelapan

Wahai Ilahi...
Kemudian berbilang detik, menit, jam, hari, bulan, dan tahun berlalu
Aku mencoba merangkak, menggapai permukaan bumi
Dan menegakkan jiwaku kembali
Menatap, memohon, dan mengibaMu,

"Allahu Rahim, Ilahi Rabbi...
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku
Allahu Rahman, Ilahi Rabii...
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku
Dengan segala kelemahanku"

Ilahi...Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Musthafa
Karena itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku

Rabbi...
Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar
Yang menyedekahkan seluruh hartanya
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad
Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan DinMu
Atau seperti Ali KarramallahuWajha yang hebat semangat kepahlawanannya

Maka Ya Allah...
Izinkan aku mencintaiMu
Melalui seratus-dua ratus perak yang terhulur
Pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan
Pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di tepi-tepi jambatan
Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan

Ilahi...Aku tak mampu mencintaiMu
Dengan khusyuknya shalat salah seorang sahabat NabiMu
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya
Karena itu Ya Allah...
Perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu
Dalam shalat yang coba kudirikan teragak-agak
Meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia

Rabbi...
Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu
Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku
Dalam satu-dua sunnah nafilahMu
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku

Ya Maha Rahman...
Aku tak mampu mencintaiMu
Bagai para al-hafiz dan hafizah
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam
Dari itu...Perkenankanlah aku mencintaiMu
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku
Lewat lantunan seayat-dua ayat hafalanku

Ya Rahim...Aku tak mampu mencintaiMu semisal Sumayyah
Yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DinMu
Seandai para syuhada yang menjual dirinya dalam jihad
Maka perkenankanlah aku mencintaiMu
Dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu
Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru

Allahu Karim...Aku tak mampu mencintaiMu di atas segalanya
Bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putera dan zaujahnya
Dan patuh mengorbankan pemuda penyejuk matanya
Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Di dalam segalanya ...

"Izinkan aku mencintaiMu semampuku..."


-Perjalanan ini begitu dahsyat,
Bagai berlayar dilautan gelora,
Bagai meniti titian penuh berduri,
Namun labanya begitu hebat.
Hanya sicekal dan tabah tiba ditujuan.
Di hatinya iman yang teguh tersemat.
Bagai besi yang tidak bisa karat.
Walau tersadai dilempar kelautan-

Saturday, June 21, 2008

HIDUP INI UTK MATI SEBENARNYA


BERMULA DI SATU PENGAKHIRAN

“Manusia itu semua tidur, apabila mati baru terjaga..” Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih ada. Apakah aku masih tidur???? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu. Teringat pula kata Imam Ghazali :

“Ada manusia yg sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan”..Ya Allah, airmata ku menitis laju.

Sudah begitu lama aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belum pun aku terasa menjadi hamba –Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika aja lagi? Berapa lama lagikah umurku yang tertinggal? Kita semua dijatuhkan hukuman mati sejak lahir lagi. Tetapi semua tidak sedar akan hakikat itu. Seolah terasa hidup selamanya.

Setiap hari, bangun dr tidur kurasakan sehari dari hidupku telah hilang, dan hidupku menuju mati makin pendek. Dan, hari ini..esok..lusa akan menapak lagi…semakin hampir aku pada tarikh kematian yang dijanjikan. Baru ku sedar bahwa kita semua hidup sebenarnya untuk mati. Salah sekali ungkapan “Hidup hanya sekali, harus enjoy..”bak dlm cerita Puteri tu. Astaghfirullah hal adzim. Berapa lama sgt hidupmu untuk enjoy??paling tua umur manusia yang hidup pun setakat 100 tahun. Apa kita rasa kita dpt ke umur sepanjang itu? Jika umur sepanjang itu diguna buat menambah amal kebaikan sebagai bekalan untuk dipersembahkn dihadapanNya, Subhanallah pastilah indah. Tetapi bagaimana jika separuh abad begitu tapi hanya menggalas segunung beban dosa dibelakang….Astaghfrullah hal adzim…..aku menangis lagi.

“Siapalah aku..”? Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku utk menyatakan tidak!!Tunggu!!. Ya Allah, segala kekuatan hanya pd-Mu jua. Kau yang maha tahu apa yg terbaik buatku. Aku merayu pd-Mu ya Rabbi, pd tarikh ini, utk mengemis keampunan-Mu dgn tangan yg berdosa, dgn hati yg tercela. Jika tidak mengenangkn yg Engkau Maha Pengampun, yang Engkau sgt suka mengampunkn dosa hamba-hambaMu walau dosa kami seluas bumiMu..pasti aku tidak akan dtg ya Allah. Rasa malu dan hina amat rasanya utk meminta. Apakah aku diterima?

Ya Allah, dihari ini, kupohon, ku pinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku ini ya Allah. Tenangkanlah gelojak hati ini. Wahai Yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmat-Mu. Walau sering aku lupa, tapi aku sentiasa mendamba. Entah kenapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang ya Allah. Jangankan MUTMAINNAH, malah AMMARAH pula yang sering melanda. Terkadang, aku sendiri bertanya..”Akukah aku ini??” terasa diri bersalin dua, tiga dan……ya Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yg menipu daya ini.

Aku bukan seperti Hanzalah yg mencurigai dirinya munafik walaupun takwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa pdMu. Pun bukan seumpama Rabiatul Adawiyah yang sentiasa berkata, “ Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi”

Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa..Hatiku keras amat. Kucuba menangis dgn rasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis dihadapanMu saat aku sujud?? Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati, Ya Allah.

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan aku dilahirkan semula sebelum aku mati. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingati-Mu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau2 dimurkai, minta-minta diampuni.

Buat sahabat, teman..kenalan..terima kasih atas ingatan kalian. Pada yg jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya terimalah secebis kata ini (mungkin ini pun masih dr jiwaku yang gelap-gelita)

“Marilah kita hidup..
Seperti org yang menanti mati
Kerana ingat mati itu
Akan mengecilkan segala derita
Akan mencairkan segala alpa
Kiranya inilah detik terakhir
Marilah kita mulakan semula
Walau yg masih tersisa
Hanya sedetik Cuma..
Itu lebih bermakna..”

Ah, kata pujangga, kita akan temui sesuatu di tempat yg kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yg lebih baik. In Life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning..”. Mudah-mudahan, ini permulaan yg baik. Amin ya Allah.
"Katakanlah:Jika bapa-bapa, anak2, saudara-saudara, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yg kamu khuathiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yg kamu sukai, adalah lebih kamu cintai drpd Allah dan RasulNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya, dan Allah tidak memberi petunjuk kpd orang-orang yang fasik..."-Surah At Taubah:24