Monday, July 14, 2008

Warkah Buat Ibu sempena hari lahirku yg ke23

Warkah buat ibu sempena hari lahirku yg ke 23

Ibu..sempena hari lahirku ini, kutujukan warkah luahan hati ini buatmu. Utk menyatakn rasa terima kasih yg tidak terhingga buatmu duhai ibu yg membawa aku kedunia ini. Diiringi tagisan syahdu, aku menulis luahan ini, menyatakan betapa aku menyayangi dn mencintaimu selepas Allah dan Rasulku.

Ibu…sungguh aku lah insan paling bertuah atas mukabumi ini kerana mempunyai ibu sehebatmu. Akulah juga anak yg paling bertuah krn mempunyai ibu setabahmu. Kesabaran dn pengorbananmu tiada batasnya. Kasih sygmu lahir begitu tulus dan suci untukku. Maka engkaulah yg plg kucintai setelah Allah dan rasulku…syurgaku ada dibawah telapak kakimu..maka izinkan aku menciumnya, izinkn aku sujud pd syurgaku itu.

Aku bermohon spnjg hayatku, jgn sampai aku membuatmu berkecil hati, jgn sampai aku membuat engkau menitiskn airmata. Sungguh aku xsanggup memafkan diriku sendiri andainya diri ini telah membuat engkau terluka duhai ibu yg tercinta.

Ibu…seiring dgn kedewasaanku…pd 17 February ini usiaku genap 23 tahun.Duhai ibu tercinta..selama 23 tahun ini, tidak dpt kukira berapa banyak keringatmu mengalir demi membesarknku, betapa byk pengorbananmu buatku..malah betapa byk tangisan yg pernah kau tumpahkan utkku. Kesabaran dan kasih sygmu tiada batasannya. Malah tidak pernah kulihat riak kecewa atau lelah diwajahmu spnjg tempoh itu.

Ampunkan daku ibu, kiranya dlm tempoh 23 tahun ini, aku pernah membuatmu begitu susah hati dgn kerenahku..ampunkan aku ibu jika dlm tempoh 23 tahun ini bicaraku pernah mengguris hatimu..ampunkan daku ibu jika dlm tempoh 23tahun ini pernah aku mengingkari permintaan dan suruhanmu.
Ibu, sungguh segala kecacatan dn kekurangn itu krn aku masih mencari2 resepi kehidupan. Masih merangkak2 aku mengenal hidup yg mmg selalu menguji. Ampunkn daku ibu….sepanjng tempoh ini jika aku gagal menjadi anak yg terbaik buatmu, gagal menjadi penyejuk mata buatmu. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, ku pohon ampun pdmu duhai ibu.

Ibu..walau diberi sepanjang hayat kesempatan pun, nescaya xcukup untuk aku membalas segala jasa dan pengorbanmu dlm membesarknku. Malah tidak mampu juga aku bayar atau meletakkan harga utk air susumu yg telah ku teguk. Tiada harganya utk kuletak demi membayar segala jerih payahmu mendidikku, memberi segunung kasih sygmu untukku, memelukku saat aku ketakutan, menyuapkan makanan ke mulutku, mendodoikan tidur malam ku…..harus bagaimana aku membalasnya jika tiada harga utkku bayar. Hanya yg termampu aku lakukan, menyedekahkan sebanyk2 doa buatmu, Moga Dia menyayangi dan mengasihimu seperti mana ibu menyayangi dan mengasihiku sejak kecil hingga ke saat ini.

Walau aku makin dewasa, namun aku masih tetap anak kecilmu ibu. Masih aku perlukan dorongnmu, pelukanmu, kasih sygmu. Tiada apa yg pernah berubah….meski aku makin dewasa dlm meniti perjalanan ini, namun aku masih lagi anakmu yg sama seperti 23 tahun yg lalu. Aku masih mengharap doamu utk berjaya, masih aku mengharap redhamu dlm apa jua yg aku kerjakan..masih aku perlukan persetujuanmu dlm mencari jodohku. Tidak akan aku membelakangimu walau sedikitpun untuk masa depanku. Kerana engkau segalanya buatku. Dari aku lahir..hinggalah saat aku melihat duniaNya buat kali terakhir, engkaulah insan yg paling dekat dihatiku.

Ya Allah..aku menyayangi dan mencintai ibuku krnMu. Aku begitu cintakannya tuhan..tolong Engkau lindungi ibuku selalu dr segala2 nya. Selalulah Engkau ukirkn senyuman di wajahnya, supaya kutahu ibuku sedang berbahagia dgn hidupnya. Selalulah Engkau payungi dia dgn rahmat dn kasih sygMu yg tiada bertepi itu. Ku xmampu membalas semua kebaiknnya utkku…aku xmampu YA Allah membayar segala pengorbanannya utkku.


Oleh itu, didiklah aku Ya Allah, supaya mampu menjadi anak solehah yg terbaik buat kedua orgtuaku. Agar mereka merasa bahagia selalu dgn kehadiranku, agar mereka sejuk hati tatkala melihat wajahku. Jadikan aku anak solehah, yg selalu mendoakn kebahagiaan orgtuaku. Kerana dibawah telapak kakinya surgaku ada….krn dibawah redhanya kejayaan dn kebahagiaan itu ku raih. Ibu, engkaulah permata hatiku dunia dan akhirat. Sayangmu kubawa hingga ke syurga. Salam sayang penuh cinta dr anakmu yg kian berumur 23 tahun.

No comments: