Saturday, June 21, 2008

HIDUP INI UTK MATI SEBENARNYA


BERMULA DI SATU PENGAKHIRAN

“Manusia itu semua tidur, apabila mati baru terjaga..” Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih ada. Apakah aku masih tidur???? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu. Teringat pula kata Imam Ghazali :

“Ada manusia yg sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan”..Ya Allah, airmata ku menitis laju.

Sudah begitu lama aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belum pun aku terasa menjadi hamba –Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika aja lagi? Berapa lama lagikah umurku yang tertinggal? Kita semua dijatuhkan hukuman mati sejak lahir lagi. Tetapi semua tidak sedar akan hakikat itu. Seolah terasa hidup selamanya.

Setiap hari, bangun dr tidur kurasakan sehari dari hidupku telah hilang, dan hidupku menuju mati makin pendek. Dan, hari ini..esok..lusa akan menapak lagi…semakin hampir aku pada tarikh kematian yang dijanjikan. Baru ku sedar bahwa kita semua hidup sebenarnya untuk mati. Salah sekali ungkapan “Hidup hanya sekali, harus enjoy..”bak dlm cerita Puteri tu. Astaghfirullah hal adzim. Berapa lama sgt hidupmu untuk enjoy??paling tua umur manusia yang hidup pun setakat 100 tahun. Apa kita rasa kita dpt ke umur sepanjang itu? Jika umur sepanjang itu diguna buat menambah amal kebaikan sebagai bekalan untuk dipersembahkn dihadapanNya, Subhanallah pastilah indah. Tetapi bagaimana jika separuh abad begitu tapi hanya menggalas segunung beban dosa dibelakang….Astaghfrullah hal adzim…..aku menangis lagi.

“Siapalah aku..”? Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku utk menyatakan tidak!!Tunggu!!. Ya Allah, segala kekuatan hanya pd-Mu jua. Kau yang maha tahu apa yg terbaik buatku. Aku merayu pd-Mu ya Rabbi, pd tarikh ini, utk mengemis keampunan-Mu dgn tangan yg berdosa, dgn hati yg tercela. Jika tidak mengenangkn yg Engkau Maha Pengampun, yang Engkau sgt suka mengampunkn dosa hamba-hambaMu walau dosa kami seluas bumiMu..pasti aku tidak akan dtg ya Allah. Rasa malu dan hina amat rasanya utk meminta. Apakah aku diterima?

Ya Allah, dihari ini, kupohon, ku pinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku ini ya Allah. Tenangkanlah gelojak hati ini. Wahai Yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmat-Mu. Walau sering aku lupa, tapi aku sentiasa mendamba. Entah kenapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang ya Allah. Jangankan MUTMAINNAH, malah AMMARAH pula yang sering melanda. Terkadang, aku sendiri bertanya..”Akukah aku ini??” terasa diri bersalin dua, tiga dan……ya Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yg menipu daya ini.

Aku bukan seperti Hanzalah yg mencurigai dirinya munafik walaupun takwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa pdMu. Pun bukan seumpama Rabiatul Adawiyah yang sentiasa berkata, “ Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi”

Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa..Hatiku keras amat. Kucuba menangis dgn rasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis dihadapanMu saat aku sujud?? Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati, Ya Allah.

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan aku dilahirkan semula sebelum aku mati. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingati-Mu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau2 dimurkai, minta-minta diampuni.

Buat sahabat, teman..kenalan..terima kasih atas ingatan kalian. Pada yg jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya terimalah secebis kata ini (mungkin ini pun masih dr jiwaku yang gelap-gelita)

“Marilah kita hidup..
Seperti org yang menanti mati
Kerana ingat mati itu
Akan mengecilkan segala derita
Akan mencairkan segala alpa
Kiranya inilah detik terakhir
Marilah kita mulakan semula
Walau yg masih tersisa
Hanya sedetik Cuma..
Itu lebih bermakna..”

Ah, kata pujangga, kita akan temui sesuatu di tempat yg kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yg lebih baik. In Life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning..”. Mudah-mudahan, ini permulaan yg baik. Amin ya Allah.
"Katakanlah:Jika bapa-bapa, anak2, saudara-saudara, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yg kamu khuathiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yg kamu sukai, adalah lebih kamu cintai drpd Allah dan RasulNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya, dan Allah tidak memberi petunjuk kpd orang-orang yang fasik..."-Surah At Taubah:24

No comments: