Saturday, June 21, 2008

Sajak ini kutujukn istimewa buat pemilik tulang rusukku


Sajak ini ku tujukan istimewa buat bakal teman hidupku…..Jauh disudut hati ini, daku mengharap engkau bisa mencintai Allah lebih dari engkau mencintaiku. Lebih mengingati Allah dari engkau mengingatiku, dan aku berharap engkau lebih mencintai jalan dakwah ini lebih dari diriku jua. Kerana aku dambakan teman hidup yg sgt mencinta Allah dan perjuangn di jalanNYa..kerana daku tersangat mencintai Allah lebih dr segalanya. jadinya, cintaku pdmu jua sekadarnya sahaja krn daku lebih mencintai Allah lebih dari segala yg daku cintai diduniaNYa ini. MOga kita bisa menjadi pasangn yg diredhai dn dipayungi cintaNya..dan dipayungi di padang masyar kelak, iaitu org2 yg mencinta kerana Allah....kerana itu aku bisa bisikkan dalam hatiku.."AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH.."

Maafkan ku kerna tak dapat memberikan apa-apa, kerna semua yang ada padaku dan yang menjadi milikku adalah milik Allah,
Namun yang mampu ku berikan adalah kejujuran, ketaatan, keikhlasan, kebahagiaan dan ketenangan bersamamu dlm menuju redho ILAHI,
selagi nadiku masih bernafas di dunia hingga ke syurga...


Tidak Ku impi…..

Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerna sedar kau jua sepertiku,
Mengheret gayutan masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,

Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,

Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya' dan takbur dipinggir hati,

Aduhai bakal suamiku.......
Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat…

Amien…

No comments: