Friday, April 10, 2009

KUCINTAI AYAH BONDA SEPERTI AKU CINTA SYURGAKU


Bismillahirrahmanirahim…

Baru-baru ini hari lahir ibu. 4 April 1950...itulah hari lahir ibuku yang tercinta. Sempat aku membelikan sebiji kek yang sangat special untuk ibu...malah memberikan sebuah hadiah istimewa untuknya. Kulihat ibu tersenyum senang sambil memelukku. Aku bahagia dapat melihat ibu tersenyum senang. Oh Tuhan...ukirkan senyuman itu selalu diwajah ibu…agar ku tahu ibu sedang berbahagia dengan hidupnya. Aku sgt sayang dan cintakan ibuku ini…dialah insan yang paling dekat dihati ku..dari saat aku pertama kali melihat dunia ini...hinggalah pada hari aku melihat dunia in buat kali yg terakhirnya…ibulah insan yang paling dekat denganku….yang mengerti akan diriku dengan sepenuhnya. Meski aku tidak berkata-kata, tidak memberitahunya..ibu selalu mengerti dan kenal akan diriku.

Lama aku berdialog bersendirian mengenangkn perjalanan hidup ini. Jalan panjang yg telah ku lalui selama ini.. Apa yang telah aku perbuatkan selama ini dalam hidupku? Apakah aku sudah mencorakkan jalan hidupku ini dengan sebaiknya?. Apakah aku sudah menjadi khalifah terbaik untuk-Nya, apakah aku sudah menjadi anak yang berbakti kepada kedua orang tuaku”, akhirnya…hanya sebuah keluhan kecil yang keluar dari mulutku. Aku hanya mampu mengeluh membayangkan diri yang terasa belum menyempurnakan seluruh tanggungjawab yang diamanahkan.

Airmataku mula menuruni pipi dengan laju tatkala menjejak kembali masa silamku yang terlalu indah. Masa lalu yang kian jauh kutinggalkan….dan kian lama kian terhapus ingatannya dari kotak memoriku. Aku sungguh bertuah kerana Allah menghadiahkan kepadaku ibu dan ayah yang terbaik. Kasih sayang dan pengorbanan mereka tiada terkira hebatnya. Apa sahaja yang mereka tidak beri padaku. Semuanya cukup hinggá aku tidak pernah merasa kekurangan sedikitpun. Sedangkan keluargaku bukanlah dari golongan orang berada. Kehidupan kami sekeluarga sederhana sahaja. Namun, ibu dan ayah sering membuatkan hidupku selalu berasa sempurna. Aku sendiri tidak pernah bertanya sesukar apa mereka berkorban dan berusaha untuk itu.

Ayah…..walaupun seorang yang tegas, namun masih penuh dengan kasih sayangnya. Malah ayah tidak pernah menjentik sedikitpun kami adik beradik. Meski ayah tidak membelai kami dengan penuh kasih sayang seperti ibu, tetapi sayang ayah kepada kami sering terserlah.

Aku masih ingat pada setiap hari minggu ayah pasti akan membawa aku dan adik-adik ke sebuah taman permainan di Taman Jaya. Taman permainan itu sungguh besar dan banyak sekali mainannya. Ayah akan menemani aku bermain sehingga petang. Aku sungguh seronok….bermain dan bermain sehingga aku puas. Namun ayah tidak pernah jemu menemani ku walau setiap minggu harus membawaku kesitu. Tidak pernah pula ayah berkata penat atau malas untuk melayaniku lagi.

Pernah suatu hari setelah bersiap-siap untuk ke taman, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Ayah memberitahu tidak jadi ke taman kerana hujan lebat yang turun...tetapi aku tidak dapat menerimanya. Bagiku jika sudah bersiap harus keluar juga tidak kira apa yang berlaku. Lalu aku menangis-nangis untuk pergi juga. “Hujan didalam rumah ternyata lebih lebat dari hujan diluar…”, cerita ayah padaku sambil tertawa. Ketika itu aku sudah hampir lupa dengan kejadian itu kerana masih kecil. Ternyata, ayah masih lagi ingat akan kenangan kecil-kecilku.

Demi tidak mengecewakan ku, malam itu ayah membawa kami adik beradik ke karnival Sarkis dan fun fair yang diadakan di pusat bandar. Aku terlonjak-lonjak sambil ketawa keriangan ketika menaiki kuda pusing dan fun fair. Seronok sekali...semua permainan yang ada disitu aku naiki bersama adik-adik. Dalam keseronokan itu aku tidak mengerti berapa banyak wang yang ayah habiskan demi membuat aku dan adik-adik tertawa keriangan.

Sewaktu hari lahirku yang ke 12, aku masih ingat betapa aku seronok menceritakan tentang jam tangan “Boy London” yang sangat terkenal tika itu. Jam itu akan berubah warna didalamnya mengikut keadaan cuaca. Bersungguh-sungguh aku ceritakan pada ibu dan ayah tentang jam yang dipakai kawan sekelasku itu. Namun, aku tidak pula meminta untuk dibelikan jam tersebut. Aku tidak mahu membebankan ayah dengan meminta-minta benda yang tidak penting. Tika itu ayah hanya diam mendengarkan ceritaku.

Keesokannya, sewaktu pulang dari sekolah…aku terkejut sekali ketika ibu mengeluarkan sebiji kek yang sangat cantik. Semuanya telah tersedia!! Rupa-rupanya ibu mengadakan jamuan hari lahir untukku. Ramai kawan-kawan yang hadir. Aku seronok sekali…aku tertawa keriangan. Tapi…dalam keseronokan itu aku tidak nampak kelibat ayah. Bila kutanya pada ibu, rupanya ayah masih sibuk di tempat kerja. Kasihan ayah…bekerja siang malam demi membahagiakan aku dan adik-adik.

Kemudian, ibu datang padaku menyerahkan sebuah hadiah yang kecil bungkusannya. Kata ibu…hadiah itu dari ayah. Aku kemudian membuka hadiah tersebut dengan lajunya. Bila dibuka…aku melompat keriangan sambil memeluk ibu. Ternyata…ayah menghadiahkan padaku seutas jam tangan “Boy London” yang paling kuinginkan. Betapa bahagianya saat itu kurasakan. Sehingga kedalam tidur aku masih tersenyum-senyum bahagia. Aku tidur dengan memakai jam pemberian ayah itu.

Ketika di sekolah, setiap saat dan detik aku asyik melihat jam yang bertukar warna mengikut cuaca itu. Bila panas dia bewarna hijau, bila cuaca sejuk warnanya bertukar biru. Aku sungguh seronok menunjukkan kepada kawan-kawan tatkala jam itu berubah warnanya. Aku tertawa-tawa keriangan!!!

“Argh…”, aku mengeluh kecil sambil menangis lagi. Menangis membayangkan balasan yang tidak mampu aku beri kepada ibu dan ayah...setimpal dengan segala kebahagiaan yang telah ibu dan ayah beri selama ini buatku. Zaman kecilku terlalu banyak bahagianya…terlalu banyak aku tertawa bahagia pada segala keindahan yang ibu dan ayah berikan. Banyak sekali kebahagiaan dan kegembiraan yang telah ibu dan ayah curahkan. Apapun sanggup mereka lakukan demi melihat aku dan adik-adik selalu tertawa bahagia. Meski mereka bergolok bergadai dan memerah keringat untuk itu….mereka puas asalkan dapat melihat kami tersenyum. Namun, apa yang ku tahu tentang segala pengorbanan mereka tika itu?. Aku hanya tahu tertawa dan berbahagia dengan hidupku.

Tapi kini, ayah makin tua…ibu makin bertambah kedut-kedut di mukanya. Tangan ayah yang dahulu begitu kuat menggendongku ke taman, kini makin tidak berdaya. Tangan ibu yang dahulu sering menyuapkan aku makan sebelum berangkat ke sekolah…kini makin lemah tidak berdaya. Aku menangis hiba sambil menekup mukaku…Alangkah indahnya saat ini aku juga dapat melakukan hal yang sama seperti yang dilakukan ibu dan ayah demi membuat aku tertawa bahagia.

“Alangkah indahnya andai tika ini aku dapat membuat ibu dan ayah selalu tersenyum bahagia…aku dapat memenuhi segala permintaan mereka…aku dapat membawa mereka bersiar-siar…”, aku masih membaca airmata yang makin laju menuruni pipi.

Ibu….tidak perlu aku bicarkan betapa banyak tumpah keringat dan airmatanya demi membesarkan ku. Ibu yang selalu tabah…selalu menjadi tulang belakang keluarga kami...ibu yang tidak pernah berputus asa demi anak-anaknya. Meski terkadang sikapku sering sahaja menguji kesabaran ibu…namun ibu masih tersenyum sambil membelaiku. Kenapa ibu tidak pernah berputus asa dengan anak-anaknya? Aku terkadang sering tertanya-tanya akan hal itu. Ibu sangat luarbiasa kuatnya.

Kemudian aku terbaca didalam sebuah majalah… “Ketika Allah menciptakan seorang ibu…Dia mengadunnya dengan bahan yang istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak dibalik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yang sangat kuat dan dicipta dari bahan yang tidak mudah terhakis...kerana telinga itu mestilah kuat tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan dari anak-anak yang dikandungnya itu. Bahu ibu pula dibina dengan bahan yang tidak terlalu keras, dan tidak terlalu lembut agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya dan bekerja seharian menguruskan keperluan anak-anak.

“Akhir sekali…apakah yang sebenar-benar milik ibu?” tanya malaikat. Jawab Allah, “Dikelopak matanya itu Aku ada menyediakan satu lubang kecil untuk airmatanya. Airmata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yang dia mahu sambil mengadu pada-Ku akan hal-hal yang melukai hatinya. Airmata tika menahan derita dari karenah anak-anak yang sering menyakitkan….ataupun airmata gembira atas kejayaan anaknya.

Artikel yang kubaca itu benar-benar membuatkan aku menangis teresak-esak. Pulang dari sekolah, aku tenung wajah ibu yang sedang sibuk memasak didapur. Aku pandang tangan ibu yang telah banyak mengurniakan jasanya untukku. Kemudian terus ku peluk ibu sambil menangis. Ibu kelihatan terkejut sambil bertanya kenapa aku menangis. Aku menceritakan pada ibu tentang artikel yang kubaca...dan aku nyatakan pada ibu bahawa aku tersangat sayangkan ibu. Aku lihat ibu tersenyum sambil mengusap-usap kepalaku lembut.

Aku tidak dapat membayangkan bagaimana hidupku ini tanpa ibu dan ayah. Malah aku juga tidak dapat membayangkan bagaimana aku kan melalui hidup ini tanpa mereka disisi. Setelah sekian lama sejak aku lahir hinggá ke saat ini…ibu dan ayah selalu ada disisi. Lalu bagaimana untuk aku melalui hari-hari ku tanpa mereka menemani. Kata ustaz di sekolahku, “Kita kena bersedia untuk menghadapi berita kematian ibubapa kita. Kerana semua orang akan mati...bila-bila pun Allah panggil, kita tak tahu. Semua ibu ayah kita akan tinggalkan kita juga suatu hari nanti..” aku menangis teresak-esak tika mendengar ustaz berkata begitu. Aku masih mahu banyak waktu bersama ibu dan ayah!






1 comment:

ct_jar said...

Assalamualaikum kak nurull...

murah betul air jernih hajar mengalir tatkala membaca tulisan kak nurull...
banyak yg hajar cemburu dari kisah hidup kak nurull..
kak nurull beruntung sebab mak ayah masih disisi disaat kejayaan tiba dan dpt meraikannya..
kak nurull beruntung sebab dpt belajar dgn semangat dek kerana mak ayh masih setia disisi..
kak nurull beruntung sebab dapat mnjadi dewasa dan menempuh alam pekerjaan sambil dilihat mak ayah..
kak nurull beruntung sebab sempat mengerti apa itu pengorbanan mak ayah sebelum mereka pergi..
kak nurull beruntung sebab sempat menyatakan sayang pd mak ayah sebelum mereka terbujur..

tapi malang bagi hajar kerana tiada 1 kejayaan pun yang sempat hajar rai bersama bonda tercinta..
meskipun telah dpt kputusan yg diidamkan dlm UPSR dan PMR,tapi hatiku umpama kaca yang terhempas pd seketul batu dr ketinggian beribu kaki...

hajar kecewa!!!!

selama bonda hidup, hajar belajar kerana bonda...segala2 nya kerana bonda..ayhanda?? bukan hajar x syg..tapi ketegasan dan kekerasan yg sering ayh gunakan membuatkan hajar terasa seperti org asing pd nya..
dan selama bonda hidup,bonda lah tempat hajar bermanja, berkasih sayang dan mengadu segalanya...
bila hajar masuk sesuatu prtndingan,mesti bonda akn ucp kan selamat berjaya...dan doanya itu termakbul...

UPSR...kejayaan hajar yg pertama..tatkala keputusan keluar,ibu masih terlantar sakit dirumah..jd hajar ambil kputusan trsebut bersama ayah..sampai disekolah, ayah suruh pergi ambil sndiri kputusan, hajar sedih..hajar tgk semua kwn ambil keputusan dgn mak ayh..tp hajar sorg2 je..lalu hajar pn trus ambil kputusan itu dan Alhamdulillah ape yg hajar idamkan tercapai jua...gembira,sebak semua ada..hajar perlukan seseorg utk dipeluk...ayah!! tp ayh tiada,kemana pergi tak tau la..semua kwn berkongsi kejayaan dengan mak ayah..tapi hajar sendiri...huhhh...
hajar trus cari ayh dan tnjk kan kptusan,tp ayh x senyum..x puji..siksa nya hati ini...
sampai dirumah,hajar tunjuk pd bonda dan dalam keadaan perit menanggung kesakitan bonda msih mampu tersenyum..luka dihatiku telah ibu ubati...hajar selalu berangan nak rai dgn bonda bila bonda dah sihat..

tapi...

6 hari lepas dpt kputusan,bonda hajar meninggal dunia..22hb november 2005..terciptalah sejarah hitam dalam hidupku buat kali kedua nya selepas pemrgian abg tersayang pd 22hb jun 2004..bonda nazak didepan mata hajar..nyawa bonda diambil didepan mata hajar..sewaktu bonda sedang nazak,hajar genggam tangan bonda..bonda membalas genggaman..kemudian bila bonda berkata bhw kakinya kebas,pantas hajar mengurut kaki bonda..sejuk!!! sprti tiada darah walau setitik pun..hajar mula terasa seram..
hajar kembali menggegam tgn bonda..sambil memohon ampun...mencium tgn bonda berkali2 semahunya..akhirnya, tgn yg selama ini membelai lembut diriku, terkulai layu...tiada lagi balasan genggaman dr bonda...
bonda telah pergi!!!!!!!
bonda pergi disaat dirinya dipangku riba ayah...oh tuhan..besarnya dugaan Mu...beratnya tiada mampuku menanggung..tapi apakan daya...takdir terpaksa jua terima wlaupun dgn hati yg berat..

hajar dapat memandikan bonda dari mula sampai habis..setelah dikafan,wajah bonda kelihatan bersih..tersenyum..seperti sedang tidur diulit mimpi indah..ramai yg berkata sedemikian..Hajar bersyukur pd Allah..ramai yg mnziarahi jenazah bonda..kejadian ini juga terjadi sewaktu pemergian abg hajar..wajahnya juga bersih..

sehingga harini...ada sesuatu yg mmbuatkan hajar marah dgn diri..kecewa dgn diri sndiri..menyesal..sebab hajar tidak mengajar bonda mengucap dua kalimah syahadah..sedangkan itulah tanggungjawab seorang anak..hanya ayh yg mengajar...tapi hajar tak sengaja...tak tahu..umurku baru 12..ilmu ku masih cetek..setiap kali kenangan ini bermain2 di kotak memori,pasti penyesalan itu akan turut ada...sehingga ke hari ini,hajar masih sukar untuk memaafkan diri sendiri...susah sangat....
Ya Allah..Ampunilah diriku ini...
hanya doa yg mampu ku kirim buat bonda...Ya Allah,jd kan lah aku anak yg solehah kerana hanya doa anak yg solehah akan sampai pd kedua org tuanya...amin...

kak nurull..sori eh panjang lebar pulak hajar coret kan sini...

wassalam.....(^_^)