Wednesday, March 25, 2009

Hiduplah sesuka hatimu....



“Hiduplah sesuka hatimu…sesungguhnya kamu pasti mati akan mati. Cintailah siapa saja yang kamu sayangi… sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki…sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan”
- Ibnu Abbas-


Bismillahirrahmanirrahim…

Ayat diatas ana tujukan untuk diri ana sendiri..juga buat semua sahabat2 dan adik-adik kbm yang mmbaca nukilan akak..
Ayu…disini akak sertakan nukilan hari ini mungkin juga sebagai nasihat untuk Ayu..afwan kerana lama tak contact ayu..Juga buat adik luqman..atas pertanyaan baru2 ni..akak tak reply sbb takde kredit. Afwan semua….sejak akhir2 ni akak memang dah lama tak top up…malas nak pegang hp..hehe…dah lama hp akak tu berdiam diri didalam almari.

Erm…topik hari ni yang sgt2 ingin ana bincngkan mengenai cinta..kasih dan syang sesama insan. Topik ni memang tersangat2 diminati oleh semua orang..apatah lagi yg namanya remaja. Saat ini kesemuanya punya angan-angan dan cinta masing-masing. Iya..cinta tu mmg indah kan….malah boleh jg menyembuhkan sakit. Cinta itu kuasa ajaib anugerah terindah dari Allah.
“Siapa yang tidak mahu mencicip manisnya cinta tidak akan bisa menikmati kehidupan” – Ibn Qayyim Al-Jauziyah

“Bukankah cinta itu indah!! Cinta adalah sebahagian dari nafas kehidupan. Tetapi... apalah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada Khaliqnya belum tercapai”….

Hurm….kenapa kita boleh mencintai sesama makhluk separuh mati...tetapi tidak bisa mencintai Dia yang menganugerahkan rasa cinta itu?? Allah telah menjadikan rahmat dalam 100 bahagian. Allah masih menahan 99 nikmat itu...dan yang diturunkan dibumi hanyalah satu bahagian sahaja. Maka dengan satu bahagian itu pulalah masing-masing makhluk berkasih sayang...sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut menginjak anaknya.

Aduhai....terkadang rasa malu amat pada-Nya..mengenang diri yang terlalu sedikit melahirkan cinta kepada-Nya. Apa yg telah aku buktikan dalam merelisasikan cintaku pada-Nya?? Apa yang telah aku perbuatkan dlm mempersembahkan cinta yg ada untukNya. Terkadang dlm solat yg menjadi jambatan utk lebih dekat dgn-Nya..aku masih juga teragak-agak memikirkan permasalahan duniawi. Masih sarat dgn urusan dunia yang tidak mampu dilupakan walau 5 minit cuma. Aduh....hinanya andai aku tidak bisa mencintaiNya lebih dari segala rasa cinta yg ada didunia ini.


"Andai semua orang yang anti sayangi didunia fana ini meninggalkan anti suatu hari nanti….tetapi Dia tak kan sekali-kali meninggalkan anti. Kerna cinta sesama makhluk itu bersifat fana, manakala cinta kepada Khaliq itulah cinta baqa’ yang kekal abadi hingga ke hari bumi ini hancur menjadi debu..hingga ke hari manusia dibangkitkan lagi di padang masyar kelak..dan hingga kesemua neraca keadilanNya tertegak di negeri sana..ketika itu cinta Nya masih lagi terus ada. Cinta-Nya yang tidak pernah berkurang…malah semakin bertambah walaupun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.

Sesuatu yang diamanahkan oleh Allah tidak akan hilang di waktu ia hilang disisi manusia. Orang yang berhubung dengan Allah tidak akan rugi tetapi beruntung. Orang yang ditolong Allah tidak akan kalah…tetapi akan terus menang"


Kata-kata diatas dipetik dari novel ana sendiri. Entah mengapa ayat itu begitu ana sukai..malah suka pula ana membacanya berkali-kali. Ana juga tidak sedar ayat itu terlontar dgn lajunya dari kotak fikiran. Seolah-olah bukan pula kata2 dari ana sendiri..tetapi adalah “teguran” dari Allah untuk ana. Kerna cinta yg paling agung itu untuk Allah..cinta yang paling mahal itu hanya utk-Nya.

Kamu boleh mencintai siapapun yang kamu mahu…kamu boleh untuk saling menyayangi…tetapi harus ada batasnya. Jgn sampai cinta itu membuat kamu lalai dari mengingati Allah. jgn sampai cinta itu mmbuat hati kamu lemah…lalu terseret dlm lembah maksiat yang menjauhkan Allah dari dirimu. Jika benar kamu ingin dicintai oleh lelaki/wanita yg soleh…tautkanlah seluruh hatimu utk Allah…nescaya sebaik-baik pasangan Dia akan anugerahkan kepada-Mu..

Jadi..usah diragui pada janji-Nya..kerna Dia tidak pernah menyalahi janji…..

Ada 7 petanda kebahagiaan dunia menurut Ibnu Abbas r.a iaitu :
Qalbun syakirun : hati yang selalu bersyukur
Al azwaju shalihah : pasangan hidup yang soleh
Al auladun abrar : anak yang soleh
Albiatu sholihah : lingkungan yang kondusif untuk iman kita
Al malul halal :harta yang halal
Tafakur fi dien : semangat untuk memahami agama

Saturday, March 14, 2009

HP ku dicurik..!!!1

HP ku dicuri!!!!!

Bismillahirahmanirrahim…

Huhu….hari ni berlaku satu kejadian yang membuat tanganku menggigil-gigil menahan marah. Hampir saja tanganku ini melayang papa pipi budak yang mencuri hp ku itu.

Mcm biasa, lepas maghrib rumahku memang dipenuhi anak2 jiran yang datang mengaji. Selalunya aku akan simpan hp dalam bilik, tapi entah kenapa hari ni terlupa langsung tentang hp yang berada di atas sofa.

Selepas mengaji al quran, aku pun keluar dari bilik dan turut mmbantu ibu mengajar budak2 ni mengaji. Ketika itu adik lelaki ku bertanyakan hp ku. Seketika aku teringtkan hp yang berada di atas sofa sebentar tadi. cari punya cari tak jumpa. Kemudian emak cuba mendail hp ku...mulanya ada nada dering, tapi kemudian dimatikan. Masa tu aku dah pun syak hp ku telah dicuri oleh salah seorang budak yang datang mengaji di rumahku. Ketika itu yang tinggal hanya 3 orang. Ada seorang budak yang pertama sekali datang memakai baju bewarna kuning. Aku yakin sangat budak itulah yang mencuri hp ku kerana dia yang datang paling awal dan pulang paling awal. Tak sempat mengaji lagi dia dah pulang.

Tanya punya tanya kat budak yang 3 orang tu, semuanya tak mengaku dan tak tahu. Aku pun mula memakai tudung dan keluar mencari budak baju kuning yang berusia dalam 10 tahun tu. Kecik-kecik da pandai mencurik...memang pantang betul rasanya..wah...geramnya!!!

Dengan penuh geram tu aku mencari budak si baju kuning ini ditemani 2 orang adikku. Dah la segala nombor dlm hp tu penting….sambil mencari2 tu tak henti2 aku berdoa didalam hati agar Allah temukan juga aku dengan hp ku itu.

Ketika itu adik bongsuku bersama kawannya mencari budak ini menaiki motosikal…katanya budak tu pergi ke pasar malam. Sedang tercari-cari itu..adikku yang menaiki motor itu membawa balik budak berbaju kuning itu bersama kawannya.

Aku bertanya padanya bertalu-talu..tetapi dia bersunguh-sungguh tak mengaku. Siap bersumpah demi Allah semuanya, berkali-kali dia bersumpah dengan nama Allah dia tak mencuri. Tu yang lagi geram tu…rasa nak penampar sekali!!! Pandai betul main-mainkan nama Allah….macam main-main je!

Selepas tanya punya tanya…dia masih tak mengaku juga. Aku sgt2 yakin mereka yg mencuri..jika bukan mereka siapa lagi yang dtg. Memang sebelum maghrib tu hp tu ada je atas sofa. Ketika sedang bersoal jawab di tepi jalan tu, abangku lalu.

“Bawak budak ni balik rumah..”, kata abangku perlahan. Aku pegang tangan budak tu dan bawa dia kerumah. Ketika itu dia masih lagi bermatian-matian mengatakan dia tak salah. Dia kata memang dia tak tahu apa2..malah dia juga tak pandai menggunakan hp. Pandai betul mulut dia tu. Sakit hati rasanya.

Bila sampai dirumah...keempat2 suspek itu duduk di sofa, abangku menjadi polis. Pada awalnya memang kesemua tidak mengaku. Masing2 ada cerita rekaan yang tersendiri. Semuanya bersumpah2 dengan nama Allah. Kecik2 da pandai tiru macam kes kat tv tu..bersumpah2 pegang quran. (mcm kes org yg fitnah Anwar Ibrahim tu)huhuhu

“Em..ni kena telepon polis la ni. Malam ni juga abang panggil polis tangkap korang semua..”, kata abangku dengan serius sambil mendail nombor hp kawannya. Ketika itu mereka masih lagi bermati-matian tidak mengaku mencuri hp ku.

“Ok..kejap lagi kawan abang datang tangkap korang bawak pegi balai. Pandai2 la jawab kat balai polis…”, kata abngku mengungut budak2 itu. Ketika itu budak berbaju kuning itu nampak semakin gelisah. Tetapi masih jga dia tak mengaku.

“Erm..budak2 ni nak kena belasah juga ni baru nak mengaku..”, kata abangku lalu bangun mengambil sebatang payung besar disebelah almari. Abangku mengugut mereka supaya mengaku. Ketika itu abangku berdiri depan mereka bermpat sambil menghentak-hentak payung itu beberapa kali. Serius sekali muka abangku. Mmg kecut perut juga kami menyaksikan aksi itu.

Ketika itulah baru budak si baju kuning itu mengaku sambil menangis-nangis. Geram sungguh rasanya. Lalu kutanya mana hp tu?? Katanya dah bagi pada sorang kawannya yang tinggal tidak jauh dari situ. Geramnyeee!!! Aku pegang lehernya dan minta dia bawa aku jumpa kawanya itu. Dia tak tahu lagi aku ni bila marah mcam mane. Dah la orang mengajar dia ngaji hari-hari, tapi balasannya dia mencuri hp orang yang mengajarnya pula. Mana tak hangin…..sepanjang perjalanan itu aku ugut dia, jika malam ni aku tak dapat hp tu kat tgn…aku hantar dia ke balai polis malam ni juga. Menangis-nangis dia takut, merayu2 minta maaf.

Carik punya carik kawannya yang bernama Iwan itu tidak dapat ditemui. Kalau dia dah jual hp ku...memang siap la budak2 ni. Ketika sedang berpeluh-peluh itu tiba-tiba kami bertembung dengan si Iwan ni. Dengan penuh marah aku meminta hp ku. Dia pun dgn laju mengeluarkn hp ku dari poketnya. Ketika itu hp ku telahpun gelap tidak berlampu. Bila kubuka, sim cardnya telah tiada. Ketika itu juga si budak baju kuning itu dengan lajunya mengeluarkan sim card ku dari poket seluarnya. Ketika itu tanganku menggigil-gigil menahan getar. Rasa ringan tanganku ini untuk singgah dipipi budak tu. Yang paling aku geram..masa menafikan tu punya la banyak alasan...sampai bersumpah2.
Ketika marah-marah itu, aku katakan untuk membawa mereka ke balai polis juga. Biar meringkuk dalam sekolah juvana. Kata kawan-kawannya, dia mmg selalu mencuri barang2 orang. Haritu dia curi pendrive, curi hp …memang selama ni keje dia mencurik.ei…geramnya!!! ketika itu budak baju kuning itu melutut didepanku minta maaf...dia merayu-rayu supaya tidak dibawa ke balai polis. Akhirnya setelah berceramah hampir setengah jam pada budak2 tu..aku lepaskan mereka pergi. Sambil marah2 itu ada ayatku yang menyebut..

“Dah..lepas ni tak payah datang mengaji quran kat sini lagi…datang bukan nak belajar, mencuri pula..”, kataku dengan nada yang penuh geram. Tapi ibuku tidak bersetuju. Ibu lalu mendatangi anak-anak itu dan berkata.. “Esok datg la mengaji..”..wawa..knapa mak cakap mcm tu?? Tanyaku pada emak.

Emak kata..biarlah. kita nasihat dia elok-elok..ajar juga dia mengaji. Mungkin kita boleh didik dia jadi org lebih baik..huhu..mulianya hati ibu. Aku akhirnya faham niat mulia ibu. Hurm….mungkin aku yang terlalu mengikut rsa marah yang menggila ini. Bukan apa, sejak aku bersekolah asrama lagi…memang pantang betul rasanya pada pencuri ni. Masa sekolah asrama dulu pun, duitku yang disimpan dalam loker pernah dicuri. Setiap malam aku baca yasin, dan akhirnya duit itu dikembalikan semula oleh si pencuri.

Patutlah islam mengarahkan org yg mencuri ini supaya dipotong tangannya. Kerana ia sngt2 menganiyai org lain. Kesian kat org yang kena curi tu. Aku teringat pada cerita ustaz kautsar dalam kuliahnya. Ada seorang lecturer yang sgt kaya di sebuah universiti..dia sgt2 tak setuju dgn hukum hudud. Katanya hukum hudud ni zalim. Sampai nak potong tgn orng yang mencuri, katanya nanti akan ramai la orang yang kudung tangannya.

Nak dijadikan cerita, Allah membalas balasan atas keceluparan lelaki ini yang menghina-hina hukum yg ditetapkan Allah. Suatu hari rumah lecturer ni dimasuki perompak yang bersenjata parang. Dia sekeluarga diikat di tiang rumah dan parang diletakkan di leher anak gadisnya. Ketika itu dia dipaksa membuka peti besinya yang mngandungi wang puluhan ribu. Barang2 berharga dirumahnya habis diangkut perompak tersebut.

Tidak lama selepas kejadian itu, lecturer ini mengadu pada ustaz… “alangkah bagusnya jika hukum hudud ada…” kata lecturer itu sambil menangis-menangis.

“Ustaz…saya kumpul harta tu bertahun-tahun dgn hasil titik peluh saya, tapi pencuri tu amik dari saya tak sampai sejam…kalau saya dapat dia memang sya bunuh!!!”, kata lecturer itu sambil menangis-nangis.

Lalu ustaz menjawab “Itulah..dulu awak kata hukum hudud ni zalim. Kalo ikut hukum hudud, potong tangan je…tapi kalo ikut hukum manusia….kamu nak bunuh dia terus. Ha…mana lagi zalim..”, kata ustaz itu memberi nasihat kpd lecturer itu. Akhirnya dia mennagis teresak-esak sambil mengulang2 ayat.. “Alangkah bagusnya jika ada hukum hudud di negara Malaysia ni…!!!”

Hurm…hukum Allah itu yang paling ADIL!!!kerana Allah itu MAHA ADIL. Manusia yang tahu merendah2 kan hukum Allah itu, sama seperti merka tidak mengakui keadilan Allah, tidak mengakui kebesaran Allah.

MasyaAllah….renung-renungkanlah………







Tuesday, March 3, 2009

IKHLAS??? ADA APA DENGAN IKHLAS??


Bimillahirrahmanirrahim…

Hari ini ana ingin berkongsi satu ilmu agama yang sgt penting, yang mana ia sangat utama untuk diaplikasikan dalam setiap amal yang kita lakukan!! Tanpanya ibadah itu seperti debu-debu yang berterbangan. Tanpanya ibadah itu sia-sia sama sekali. Ia yg sgt istimewa ini dipanggil dengan nama IKHLAS!!!

Andai kita buat perkara terhebat sekalipun didalam dunia ni…tetapi tanpa disertai dengan yang namanya IKHLAS..nescaya ianya SIA-SIA. Jadi..marilah kita sama-sama mendidik diri dan mengenal apakah hakikat IKHLAS yang sebenar-benarnya. Moga selepas ini setiap dari yg kita lakukan itu..benar2 IKHLAS kerana Allah s.w.t. Ada juga beberapa isi agama dlm ni ana dapat dari ustaz hamka. InsyaAllah….menurut Saidina Ali….ilmu itu bukanlah sesuatu yang dihafal, tetapi yang mendatangkan manfaat!!! Moga ilmu yg dibincangkan disini benar2 bermanfaat untuk kita semua..amiin

"Keikhlasan itu ibarat semut hitam yang berjalan diatas batu hitam dimalam yang sangat kelam. Ianya wujud...tetapi amat sukar dilihat. Dan jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya”


APA ITU IKHLAS???

Tajuk ini sgt penting dan banyak mendidik ana. Terkadang untuk menjaga keikhlasan ini memang sgt2 susah. Syaitan ni ada sahaja peluangnya nak menipu manusia hidup-hidup. Astaghfirullah al adzim...moga2 hati ini selalu dijaga Allah agar selalu ikhlas dalam beramal. Kerana ikhlas itu puncak kepada segala amal.

IKHLAS itu adalah...sebarang AKSI yang kita buat hanya kerana ALLAH,AKSI di sini termasuk segalanya, samaada perbualan, perbuatan, perlakuan, perancangan, pendirian dan lain-lain aksi manusia, sama ada yang di lakukan atau yang di tinggalkan, atau yang akan di lakukan, atau yang telah di lakukan, atau yang sedang di lakukan, atau apa saja, pendek kata semuanyalah!!

Senang cerita,….apa sahaja PERINTAH ALLAH, bila kita ikut: ITULAH IKHLAS!!Sama ada perintah MENGERJAKAN atau perintah MENINGGALKAN, bila namanya PERINTAH ALLAH, dan di lakukan semata-mata kerana PERINTAH ALLAH, maka fahamlah kita bahawa itulah HAKIKAT IKHLAS.

SITUASI 1 :

Ramai orang yang bila disuruh buat sesuatu..cthnya pergi solat jemaah, baca Al Quran atau melakukan apa sahaja perintah Allah..mereka nak tunggu hati IKHLAS dulu baru boleh buat. Iaitu tunggu hati suka dulu baru buat, jika hati tak suka dan mengerjakan dlm keadaan terpaksa....mereka faham itu adalah TAK IKHLAS.

Kesan dari pemikiran begitulah akan terjadinya masjid2 yg kosong, Al Quran yang berhabuk ..kerana hati belum suka untuk buat amal. Hurm...nampaknya semua kena tipu dengan SYAITAN hidup-hidup!!!

Septutnya..kena tunaikan perintah Allah dalam keadaan ringan atau berat, suka atau duka..asal sahaja perintah Allah, ianya akan menjadi IKHLAS...walaupun hati kita tak suka melakukannya!

Apakah kamu sangka orang-orang yang pergi solat berjemaah di masjid tu..dah jadi hobi mereka pergi masjid macam hobi orang kumpul setem??

Apakah kamu sangka orang-orang yang baca Al Quran tu dah hobi mereka baca Al Quran macam hobi korang yang suka baca blog???

Adakah kamu sangka mereka yang pergi berdakwah tu dah hobi mereka pergi berdakwah tinggal anak bini macam korang punya hobi pergi memancing tinggalkan anak bini????

Sebenarnya..padahalnya...mereka telahpun sedaya upaya bermujahadah menentang nafsu sehingga akhirnya Allah mencampakkan kemanisan dalam beramal!!! Subhanallah.....

Sahabat nabi ada yang mencukur kepala sampai berdarah kerana tak suka dengan keputusan hudaibiah, tapi mereka tetap ikhlas kerana mereka mengcukur kepala kerana Allah, dan akur dengan keputusan hudaibiah kerana Allah.

Moralnya disini ialah...syaitan akan berusaha membuatkan kita berasa beban dan berat untuk melakukan AMAL!! Bila rasa beban dan malas bertandang...adakah itu tanda TIDAK IKHLAS??? Jangan jadi bodoh.....teruskan buat amal baik...sama da suka atau tidak, asal kerana Allah..maka kita buat. Akhirnya, bila kita istiqamah nanti, barulah Allah akan campak kemanisan. Dan..bila dah istiqamah nanti, barulah kita tahu betapa PAHITNYA BERPISAH DENGAN AMAL itu. Subhanallah...........

"Bila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan…maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Tapi….sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal...”
---------------------------------------------------

Moralnya di sini, dalam setiap amalan kita, berikhlaslah.

Tanpa ikhlas….segala amal menjadi sia-sia.
Dan nasihatlah kepada member-member kita yang kapir, supaya mereka juga ikhlas dalam amal mereka, kerana orang kapir yang ikhlas, maka ALLAH akan tunjukkan jalan yang benar.

InsyaAllah…Manakala orang islam yang tidak ikhlas….Allah akan cabut hidayat dari dirinya..

Kita selalu dengar cerita paderi kristian yang ikhlas, berdakwah dengan ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.

Juga kisah penyanyi yang ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.

Juga kisah orang islam yang mencari cinta, mencari nikmat dunia, mencari kebebasan yang mana berakhir dengan murtad…

OH!Mungkin barangkali, apabila Nabi SAW mendoakan agar Allah memberi hidayat kepada dua orang..iaitu UMAR, anak Al khatab, dan satu lagi adalah Abu talib, lalu Allah menurunkan hidayat kepada Umar Al khatab, kenapa?

Kerana saidiana Umar ikhlas menyembah latta dan uzza (nama tuhan berhala) sehingga sanggup buat apa sahaja mempertahankan tuhan berliau, lalu bersumpah, jika dia tidak dapat membunuh Muhammad jangan panggil dia jantan.

Lalu dengan pedang terhunus dan niat yang ‘ikhlas’, menuju Nabi tanpa takut, namun di jalanan, berjumpa adiknya yang juga masuk islam, lalu di belasah, panjang cerita boleh rujuk ustaz, tapi pendek cerita, akhirnya secara tiba-tiba Allah mencampakkan kesedaran dalam hati beliau dan masuk islam..

Berbeza dengan Abu jahal dan Abu talib, mereka menyembah latta dan uzza kerana ada kepentingan, kerana bila orang sembah patung dekat kaabah, orang akan letak duit emas sebagai penebus dosa, yang mana menjadi habuan Abu jahal dan Abu talib, mereka dapat untung bila ramai orang sembah berhala di kaabah, jika Ugama Muhamamd naik, dah tentu depa rugi, dan mereka tahu bahawa ugama Nabi adalah benar, tapi mereka memang tidak ikhlas, menentang Nabi kerena kepentingan dunia, yang mana membuatkan hidayat tersekat untuk mereka..

Semoga kita semua di pelihara Allah dalam urusan ikhlas dan niat.

Di sini amat penting bagi kita, sebelum buat amal, Tanya hati.
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?

Begitu juga ketika sedang buat amal, Tanya hati:
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?

Pun begitu juga bila dah lepas buat amal. Tanya lagi hati
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?

Bukan apa, syaitan akan buat usaha habis-habisan, mati-matian untuk rosakan niat dan keilklasan kita.

Maka sebagai jawapan,
Aku buat kerana Allah.Untuk dapat keredaan AllahDan aku nak buat sampai aku jadi mayat!!Aku akan buat habis-habisan sampai habisAku akan buat mati-matian sampai mati.Sampai jadi mayat!!!

Wednesday, February 18, 2009

Berikan Aku Cinta..cinta-Mu yang tak pupus ditelan waktu!

Seorang sahabat mengirimkan sebuah doa yang sangat indah buat ana sempena hari lahir, semalam 17 february 2009. Sebak sekali doa itu ketika ana membacanya. Tak sedar airmata menuruni pipi.

Doanya itu benar-benar buat ana terharu…terasa bertuah punya sahabat sebaiknya, yang tulus ikhlas mendoakn kebaikan untukku didunia dan di akhirat.

Syukran Su...ana hargai sangat-sangat doa itu. Su adalah seorang sahabat usrah yang sangat ana sayangi. Ana sayang semua rakan-rakan usrah ana. Rinduu pada Cik Min, Kak Mimy, Zarina, Kak Bee, Kak Ram, Fatimah Kak Yus. Lama tak pergi usrah sebab ana sibuk siapkan novel yang perlu dihantar segera sebelum 28 Februari ni. Doa dari antum semua sangat-sangat ana hargai. Andai dapat ana gambarkan melalui lukisan alam...kalian adalah ibarat embun pagi yang dingin, yang kehadirannya mendamaikan dan menyejukkan jiwa ini.

Subhanallah...ana uhibbukum fillah. Atas nama Allah ana menyayangi kalian semua lebih dari ana menyayangi diri ana sendiri. Doa ana...moga Allah selalu memayungi kalian dalam rahmat agungNya. Dan selalu memberikan kepada kita semua cinta-Nya yang Mulia itu.

Andai kita telah memiliki cinta-Nya...sebenarnya kita telahpun memiliki segala-galanya. Cinta-Nya itu begitu sempurna dan selalu membuatkan kita merasa cukup dengan segalanya. Hingga kita tidak membutuhkan apa2 lagi selainnnya.

“Ya Allah, tenggelamkanlah aku dalam kecintaan pada-Mu..supaya aku tidak berpaling kepada yang lain lagi. Dan tidak berpaling dari-Mu..”amiin

Dibawah ini ana sertakan doa dari Su yang sangat indah. Doa yang membuatkan ana menitiskn airmata cinta kerana-Nya.

“Ya Allah,
Andai sahabatku resah….tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma’rifah-Mu.
Andai sahabatku terancam lindungilah jasadnya dengan kebesaran-Mu..
Andai tubuhnya kedinginan selimutkanlah dengan kehangatan kasih sayang-Mu..
Andai dirinya merindu..rindukanlah jiwanya dengan saat bertemu dengan-Mu..

Ya Allah..
Jangan Kau biarkan hatinya, jiwanya, dan juga jasadnya terpesona dengan duniawi.
Khusyu’ kan jiwanya dalam rukuk dan sujudnya ketika menghadap-Mu
Berikanlah kejayaan padanya didunia-Mu..juga diakhirat-Mu kelak
Semoga dirinya itu saudaraku selamanya

Oh Tuhan...terima kasih atas segalanya. terima kasih kerna mempertemukan aku dengn sahabat terbaik..sahabat yang bisa menjadi peguam bela ku di padang masyar kelak. kerana sahabat itu juga merupakan salah satu dari 7 peguambela di akhirat kelak.

Tuesday, February 10, 2009

Rinduu sangat dengan arwah..


KAU SAHABAT KAU TEMAN
Telah tiba, saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana taqdir yang Maha Esa telah menetapkan..
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan..Kau sahabatku, kau teman sejati.
Tulus ikhlasmu…luhur budimu bagai tiada pengganti.
Senyum tawamu, juga katamu menghiburkan kami.
Memori indah, kita bersama..terus bersemadi.
Sudah ditaqdirkan kau pergi dulu..disaat kau masih diperlukan.
Tuhan lebih menyayangi dirimu..ku pasrah diatas kehendak yang Esa.
Ya Allah, tempatkannya..ditempat yang mulia.
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambaMu.
Sahabatku, akan ku teruskan perjuangan ini.....walau ku tahu kau tiada disisi.

Lagu Hijjaz ini membuat ana menangis teresak-esak ketika mendengarnya. Rindu sekali dengan arwah sahabat ku ini. Tadi ana buka Friendster Umairah. ana send testimonial pada dia meski ana tahu dia tak dapat jawab testi ana tu. Ana sangat-sangat rindukan Umairah. Hari ni ana ada sedikit coretan dan luahan hati buat Umairah sempena hari lahir kami berdua yang bakal tiba tidak beberapa lama lagi.

"Umairah..hari lahir kita berdua bakal tiba...birthday kita kan sama..ana selalu teringat sangat2 pada anti bila hari lahir ana hampir tiba. sebab masa kat sekolah dulu kan kita selalu sambut sama-sama. katil anti atas katil ana..kita akan duduk-duduk..sembang-sembang macam2 cerita. Ana suka dengar anti ketawa. bila anti gelak ana suke gelakkan anti balik sebab anti gelak sangat kelakar...sangat2 menghiburkan hati. ana suke tengok anti senyum...nampak barisan gigi anti yang putih dan tersusun cantik tu.

Selalu ana tengok anti sabar bila Hasanah tarik tudung anti dalam kelas. Anti tak marah pun sikit pun, sebaliknya anti senyum je dengan manis. Ana selalu hairan dengan sikap sabar anti yang luarbiasa tu. ana selalu cuba nak jadi macam anti yang sabar, tenang, baik hati..tak bersangka buruk dgn org lain. Anti adalah contoh tauladan terbaik sebagai seorng sahabat!!! ana bertuah sangat-sangat dapat kenal dan dapat jadi sahabat anti!

Umairah...ana skrg ada buat novel untuk diterbitkan. dalam novel tu ana ada cerita ttg anti..ttg persahabatan kita, tentang segalanya. Anti yang suka pada kucing, anti yang suke tersenyum..anti yang baik hati..sume ana ceritakan dalam tu. Kan best kalo anti dapat baca novel terbitan pertama ana tu. :-(

Ana sedih sgt2....sambil taip novel tu airmata mengalir tanpa henti. seolah-olah kenangan lama begitu dekat dgn ana. Seolah2 bagai baru semalam anti ada bersama ana. Bagai baru semalam kita bergelak tawa, bergurau senda bersama-sama..

Akhir sekali..ana nak bgtau anti..walaupun sejak anti meninggal ana tak pernah pergi ke kubur anti..tetapi ana selalu mengirimkan doa buat anti. setiap kali teringatkan anti, ana akan kirimkan doa. Ana xsanggup nak pergi ke kubur...ana tak kuat nak berdiri dihadapan kubur anti. Lagipun mak ana kata org perempuan tak berapa elok pergi ke kubur. Walaupun xpergi kubur, boleh je doakan dari rumah, kerana doa tu tetap sampai. JAdi..itulah yang ana lakukan.

Masa pengebumian anti pun ana tak datang..bukan kerana ana tak ingat pada anti..tapi sbb ana sangat2 tak kuat untuk lihat semua tu. mungkin sampai bila-bila ana tak dapat lupakan wajah anti yang lena dlm tidur itu jika ana pergi ke rumah anti masa kebumikan jenazah tu!!! jadi..ana tak datang sbb tak sanggup dn xkuat nk hadapi semua tu. Menurut Imam Shafie
.."Tidak ada kegembiraan setanding nikmat sahabat..dan tidak ada rasa sedih setanding kehilangan sahabat".

Dan..perasaan itulah yang ana alami skrg.

Ana doakan....sempena hari lahir kita yang bakal tiba ini....moga Allah memayungi Umairah dalam rahmat-Nya yang terbuka luas itu. Dan menjaga Umairah disana agar selalu berbahagia..selalu tersenyum di taman syurga-Nya. Ana juga doakan moga Allah membina untuk Umairah satu rumah dalam syurgaNya yang Maha Indah itu.

Umur anti hanya setakat 21 tahun je..ana pula masih tak tahu lagi berapa lama tempoh yang Allah beri untuk ana pula..Ana harap ana dapat mendidik akhlak ana menjadi sebaik anti. Anti sgt baik..sebab tu Allah sayang anti. Dia ambil anti pergi dahulu.

Akhir kata."Selamat Hari Lahir Umairah"..dan untuk ana juga! Moga Allah temukan kita lagi dibawah arasy' -Nya di padang masyar kelak. Org2 yg saling mencintai kerana Allah s.w.t. Ana uhibbuki fillah. Ila hadrati...birohmati fatihah. salam sayang dan penuh cinta dari ana...sahabat yang masih merinduimu hingga saat ini !!

“Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sesungguhnya pd hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dr neraka&dimasukkan ke dlm syurga, maka sesungguhnya ia tlh b’untung. Kehidupan didunia itu hanyalah ksenangan yg memperdayakan”-
Ali ‘Imran:185

Saturday, February 7, 2009

"Siapa yang membenci pertemuan dgn Allah, maka Allah akan benci bertemu dgnnya"


Alkisah menurut sirah (sejarah kehidupan Nabi), pernah Nabi Ibrahim AS berdialog dengan malaikat Maut soal sakaratul maut. Nabi Ibrahim bertanya kepada malaikat maut,
"Dapatkah engkau memperlihatkan rupamu saat engkau mencabut nyawa manusia yang gemar berbuat dosa?"
Malaikat menjawab pendek, "Engkau takkan sanggup." "
Aku pasti sanggup", jawab Ibrahim.
"Baiklah, berpalinglah dariku!" ujar sang malaikat.
Saat Nabi Ibrahim AS berpaling kembali, dihadapannya telah berdiri sosok berkulit legam dengan rambut berdiri, berbau busuk dan berpakaian serba hitam. Dari hidung dan mulutnya tersembur jilatan api. Seketika itu pula Nabi Ibrahim a.s jatuh pengsan!

Ketika tersedar kembali, berkata beliau kepada malaikat maut, "Wahai Malaikat Maut, SEANDAINYA PARA PENDOSA ITU TAK MENGHADAPI SESUATU YANG LAIN DARI WAJAHMU DISAAT KEMATIANNYA, NESCAYA CUKUPLAH ITU MENJADI HUKUMAN UNTUKNYA."

Di kesempatan lain, kisah yang diriwayatkan oleh 'Ikrimah dari Ibn 'Abbas ini, Nabi Ibrahim a.s meminta Malaikat Maut mengubah wajahnya saat mencabut nyawa orang-orang beriman. Dengan mengajukan syarat yang sama kepada Ibrahim AS sang malaikat kemudian mengubah wajahnya. Dihadapan Nabi yang telah membalikkan badannya kembali, telah berdiri seorang pemuda tampan, gagah, berpakaian indah yang darinya tersebar harum mewangi. "SEANDAINYA ORANG BERIMAN MELIHAT RUPAMU DISAAT KEMATIANNYA, NISCAYA CUKUPLAH ITU SEBAGAI IMBALAN AMAL BAIKNYA," tutur Nabi Ibrahim a.s lagi.

Dari nukilan kisah itu, apakah cakap-cakap misteri tentang penampakkan Malaikat Maut menjelang ajal seseorang itu adalah benar? Dalam pergaulan sehari-hari, kadang sering kita mendengar dari mulut ke mulut, misalnya salah satu anggota keluarga dari orang yang tengah menghadapi maut bercerita bahwa saudaranya itu melihat sesuatu. Apakah itu berupa bayangan hitam, putih, atau hanya gumaman dialog mirip seperti orang yang tengah mengigau.

Namun yang pasti dari beberapa riwayat, selain Nabi Ibrahim AS, Nabi Daud AS dan Nabi Isa AS juga pernah dihadapkan pada fenomena penampakkan Malaikat Maut itu. Kisah pra sakaratul maut itu belum seberapa dibandingkan dengan peristiwa sakaratul mautnya itu sendiri.

"SAKARATUL MAUT ADALAH SEBUAH UNGKAPAN UNTUK MENGGAMBARKAN RASA SAKIT YANG MENYERANG INTI JIWA DAN MENJALAR KE SELURUH BAGIAN TUBUH, SEHINGGA TAK SATU PUN BAGIAN YANG TERBEBAS DARI RASA SAKIT ITU".

Malapetaka paling dahsyat di kehidupan paripurna manusia ini memberi rasa sakit yang berbeda-beda pada setiap orang.

Untuk menggambarkan rasa itu, pernah Rasulullah SAW. bersabda : "Kematian yang paling mudah adalah serupa dengan sebatang duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang terkoyak?"

Di bagian lain Rasulullah seperti yang dikisahkan Al-Hasan pernah menyinggung soal kematian, cekikan dan rasa pedihnya. "Sakitnya sama dengan tiga ratus tusukan pedang."

Diriwayatkan, pernah Nabi Ibrahim AS ketika ruhnya akan dicabut, Allah SWT bertanya kepada Ibrahim : "Bagaimana engkau merasakan kematian wahai kawanku?" Beliau menjawab, "Seperti sebuah pengait yang dimasukkan ke dalam gumpalan bulu basah yang kemudian ditarik."
"Yang seperti itulah, sudah kami ringankan atas dirimu",
firman-Nya.

Tentang sakaratul maut, Nabi SAW bersabda, "Manusia pasti akan merasakan derita dan rasa sakit kematian dan sesungguhnya sendi-sendinya akan mengucapkan selamat tinggal satu sama lain seraya berkata : "Sejahteralah atasmu; sekarang kita saling berpisah hingga datang hari kiamat kelak."

Tentang sakaratul maut itu Rasulullah SAW sendiri menjelang akhir hayatnya berdo'a : "Ya Allah ringankanlah aku dari sakitnya sakaratul maut" berulang hingga tiga kali. Padahal telah ada jaminan dari Allah SWT bahawa beliau akan segera masuk surga.

KEMATIAN MESTINYA TAK PERLU MENJADI SESUATU YANG DITAKUTI, MALAH SEBALIKNYA HARUS SENANTIASA DIRINDUKAN.
Jika sesuatu itu begitu dirindukan, logikanya berarti ingin cepat-cepat pula ditemui.

"Barang siapa membenci pertemuan dengan Allah, maka Allah akan benci bertemu dengannya," sabda Rasulullah SAW.

Ini bukan berarti, kita dianjurkan untuk selalu mengharap kematian. Bukhari meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : "Janganlah seorang diantaramu mengharap kematian."

Cukuplah sepanjang hayat ini, kita selalu mengingat-ingat maut. Caranya dengan senantiasa tanpa lelah memerangi hawa nafsu, merenung, dan melindungi hati dari silaunya kemegahan duniawi.

UNTUK SEKADAR MENGINGAT MAUT SAHAJA, ALLAH TELAH MENDATANGKAN PAHALA DAN KEBAIKAN. Ikut bertakziah, mendo'akan untuk simati, menengok jenazah, atau ikut menyaksikan penguburan; bukankah setiap perbuatan itu mendatangkan pahala?

Orang yang mengingat maut dua puluh kali dalam sehari semalam, pesan Nabi Muhammad SAW, di hari akhir nanti akan dibangkitkan bersama-sama dengan golongan syuhada.
*IKATLAH ILMU DENGAN MENULISKANNYA*

Thursday, February 5, 2009

3 Buah Makhamah di Padang Masyar


Subhanallah....menangis rasanya membayangkan dimana ana akan berdiri di Padang masyar kelak? Ketika itu semuanya kebingungan dan menunggu selama 300 tahun(mengikut riwayat). Malah keadaannya begitu sempit, seperti anak panah yg diletakkan dalam bekas yang padat. Astaghfirullah hal adzim.....
Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.



Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.Di sini di hitung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepala pun mendidih..

Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…

Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…

Di ceritakan juga di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..

Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..!

"Ya Allah, tempatkan aku dibawah arasy Mu..himpunkan daku bersama orang-orang yang Engkau cintai, yang membangkitkn keinginanku untuk lebih beribadat kepada-Mu..agar kelak kami bisa berkumpul-kumpul bersama di Padang Masyar kelak..dibawah arasy Mu yang agung"

Monday, February 2, 2009

Palestin Mu Palestin Ku Jua, Perjuangan Mu Perjuangan Ku Jua!!


PALESTIN MU PALESTIN KU JUA, PERJUANGAN MU PERJUANGAN KU JUA!!!

“Ya Tuhan Kami, berilah kepada mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya” – Al Ahzab 33:68.


Allah hu akhbar!! MOga Yahudi laknatullah itu menerima azab yg sepedih2nya didunia dan di akhirat. Allah tidak pernah menyalahi janji-janji-Nya..tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya walaupun sesaat.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa padaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada –Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran”- Al Baqarah 2:186

Cuma tika ni Dia menguji kita, menguji sejauh manakah dan sebesar manakah cinta kita pada-Nya..sebesar manakah pengorbanan yang rela kita lakukan Demi menegakkan agama-Nya…menegakkan maruah Islam. Apakah kita rela berkorban dengan nyawa dan darah..berkorban dengan segala harta yang dimiliki Demi berjihad di jalan Allah!!! Demi menegakkan Ad dien yang satu ini!!!

Disinilah IMAN kita dapat diniai. “Sejauh MANA aku benar2 mampu berkorban untuk agamaku????”

Ada yang mengaku beriman, tetapi masih berkira untuk berkorban..masih berkira-kira untuk menjaga kepentingan masing-masing..masih berkira-kira untuk memperjuangkan kebenaran, masih mampu untuk menutup mata memekakkan telinga dengan segalanya. Masih berpura-pura untuk tidak mengerti apa-apa…masih tega-teganya menyalurkan wangnya kepada Yahudi musuh Islam itu!!

Tadi semasa pulang dari ber kBM di Al Amin Gombak, ana singgah di Kl sentral sebentar. Semasa berdiri menunggu turn di mesin ATM, ana sekadar mampu memandang dgn hati yg sayu org2 islam yg keluar masuk MC D disebelah. Terasa hati sedikit sebal..terasa hati sedikit sakit dan terluka dgn sikap umat Islam sendiri yang kurang sekali rasa prihatinnya kepada saudara sendiri.

Kenapa ISLAM tidak bersatu???? Kenapa tidak diingtkn pada hadis Rasulullah s.a.w “Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu lebih dari kamu kasihi diri kamu sendiri”. Kemana perginya nilai kasih sayang mereka terhadap saudara seislam sendiri. Untuk berkorban menahan nafsu dari membeli makanan itu pun tidak mampu, apatah lagi untuk berkorban harta dan nyawa. Dimana nilai agama dan berapakah harga ISLAM ini disisi umat-umat Islam tersebut.

Sedih sekali rasanya…saat melihat saudara2 Palestin yg dibunuh saban hari..terasa seluruh hati ini bagai disiat2..terasa sakit dan pedih sekali. Seperti ditusuk-tusuk sembilu tajam. Tetapi, jauh dari segalanya..ana benar2 iri hati dan cemburu pd para saudara ana di Palestin sana. Setiap hari hidup mereka adalah PERJUANGAN. Mereka terbentang dgn jalan SYAHID. Kerana itu mereka berlumba-lumba untuk mati. Siapa yang tidak mahu mati bergelar SYAHID!!! Siapa yang tidak rindukan syurga yang dijanji untuk para syahid-Nya? Subhanallah….setitis darah mereka harumnya semerbak kasturi.

Hati ana menangis meronta-ronta utk berjihad disana..untuk mati juga bergelar syahid Allah..untuk mengorbankan nyawa dan darah ini Demi mmpertahankn agama yg mulia ini…namun jalan juang ana bukan disana. Ana cemburu sekali dengan mereka…malah terasa kasihan sekali pada umat Islam di malaysia ini. Kenapa harus berbangga dengan negara yang aman damai andai IMAN terkoyak dan makin suram? Kenapa berbangga dengan nikmat dn kesenangan tetapi jauh sekali dari redha Allah?? Apa ertinya!!!!!

Kesenangan itu membuat manusia lalai, menipu manusia hidup2..terasa Allah sayang dan limpahkan rahmatNya..sedangkan hal itu lebih menakutkn. Apakah Allah masih pandang MALAYSIA ini? Takut sekali andai sedang dlm keseronokan n penuh nikmat ini..tiba-tiba Allah dtgkan malapetaka yang paling Herat..hingga hilang sekelip mata segalanya..NAudzubillah..ibarat yg disebut dlm surah Al A’raf… “Dan melapetaka itu dtg menimpa mereka ketika mereka sedang lalai dan bergembira”. Itukah yang dimahukan??

Hati ini lebih sakit melihat remaja-remaja Malaysia yang terlonjak-lonjak melompat memenuhi konsert. Menangis2 menitiskan airmata tatkala kalah dlm pertandingan menyanyi. Apa nilai airmata yng ditumphkn itu??? Sehebat itukah cintanya pada keseronokan dunia yg sementara itu? Hingga mampu menangis teresak-esak hanya kerana terkeluar dlm pertandingan nyanyian. Ya Allah……ana sedih sekali dengan segalanya. Sedih sekali dgn negara bernama Malaysia ini yang mengagung2 kan hiburan.

Anak-anak muda di palestin berjuang mengangkat senjata menegakkan agama ISLAM,,tetapi anak-anak muda di Malaysia menggadaikan IMAN dan MARUAH agama sendiri. Malu rasanya pada sahabat2 ku di Palestin. Malu rasanya pd Allah…terasa tidak mampu mengakat muka untuk mengadap wajah kanak-kanak palestin ..yg tergantung senjata di tengkuknya..yang membara semangat jihadnya…yang bila-bila pun mahu mati untuk agama-Nya..yg bila-bila pun bersedia mengorbankan nyawa dan darah mereka….demi tertegaknya AD DIen ini.!! Subhanallah!!!!!


YA Allah….tempatkan daku juga di kalangan para syuhada’ –Mu..ameen


"Apa yang ada disisimu akan lenyap dan, dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"- Al Nahl 16:96"





Tuesday, January 20, 2009

Aku manusia yang takut neraka-Mu,tidak pantas pula disyurga-Mu


“Aku manusia yang takut neraka-Mu…namun aku juga tidak pantas di syurgaMu ya Allah…………”..kalimat itu begitu menggertarkan dadaku.

“Marilah kita hidup..
Seperti org yang menanti mati
Kerana ingat mati itu
Akan mengecilkan segala derita
Akan mencairkan segala alpa
Kiranya inilah detik terakhir
Marilah kita mulakan semula
Walau yg masih tersisa
Hanya sedetik Cuma..
Itu lebih bermakna..”


Malam tadi sebelum mataku terlelap, sempat aku mengira-ngira perjalanan hidupku slama ini. Telah banyak yang kuharungi………ya Allah..telah panjang jalan-jalan yang kulalui..namun aku tidak tahu sampai bilakah lagi aku masih punya waktu disini. Jika diberi peluang, aku benar-benar ingin tahu bilakah tarikhnya aku akan pergi..supaya aku bisa bersedia…….supaya aku dapat benar2 memanfaatkan setiap detik dan kehidupanku didunia ini.ya Allah……aku merintih sebak didalam hati. Kemudian ku pandang wajah ibu yang sedang tidur nyenyak disebelah. Hatiku sebak sekali….airmataku laju mengalir.

Apakah emak yang bakal pergi dulu..? Ataupun aku yang pergi sebelum emak. Semalam emak mengatakn sesuatu padaku..namun aku buat-buat tidak dengar. Kata emak...umur emak setakat 60 tahun je. Saat itu aku tersentak amat. Namun aku pura-pura seperti tidak mendengar apa yang ibu bicarakan tadi. Malam itu, sebelum tidur aku mencongak-congak umur emak..sekarang umur emak 59 tahun..jika yang emak maksudkan tadi......bermakna tahun depan. Hatiku sebak sekali.......sehingga saat ini aku masih belum benar2 berjaya menjadi anak yg terbaik..yg berbakti utk ibu dan ayahku......aku masih belum sempat membahagiakan mereka..banyak sekali hal yang ingin aku lakukan,,byk sekali impian yang ingin aku capai utk emak dan ayah.........namun sempatkah aku???

Sama ada mereka yang meninggalkanku dahulu..ataupun aku dahulu yang pergi meninggalkan mereka. Mati itu bukan untuk org tua sahaja...bukan utk mereka yang bergelar emak dan ayah sahaja....telah ramai sahabat2 ku pergi meninggalkan keluarga yang mereka sayangi. Malah kawan baikku sendiri telahpun kembali ke sisi Nya yang Maha Penyayang. Jadi tidak mustahil juga jika aku turut mengikutnya sedikit waktu lagi.

Ya Allah.........beri aku kesempatan sedikit lagi untuk aku membahagiakan ibu dan ayahku, untuk aku menambah sebanyak2 amal padaMu..untuk aku menjadi khalifahMu yg sebenar2nya...beri daku waktu lagi ya Allah. Amalku tidak banyak..sebaliknya dosa ku bertimbun-timbun..seperti pepasir dilautan. Aku takut sekali kembali padaMu tanpa bekal yang cukup...............

Saat itu airmata ini begitu laju mengalir. Aku menangis teresak2.......kesempatan yg ada ini Ya Alllah...izinkan daku...beri daku ruang yg cukup banyak untuk lebih dekat dengan-Mu. Beri aku waktu dan masa yang lebih untuk bersama-Mu...Terkadang aku terlalu sibuk memikirkn urusan2 duniaku yg tidak pernah habis........Ya Allah....Kau letaklah dunia itu di tanganku..bukan di hatiku,agar aku bisa melepaskannya bila-bila pun saatnya. Tuhan.....terangi jalan hidupku dengan cahaya kasihMu. Pimpin daku dgn Hidayah-Mu. Usah kau biar diriku hanyut terleka dibuai fatamorgana duniawi. Hidup matiku hanya untukMu ya Allah!!!!Hanya padaMu kuserahkan segala pengharapan, jiwa dan ragaku.

Ya Allah,
Malam ini kembali kuadukan diriku kepadaMu
Sebab Engkaulh sebaik2 tempat mngadu
Bukan kerana aku tidak reda dgn qada’ dan qadar-Mu
Yg telah menampakkn kesusahan & derita dlm hidupku

Bukan pula kerana aku tidak kuasa mnerima keadilanMu
Sebab trkadang keadilan dan derita itu berada dlm diri yg satu

Aku hanya takut bahawa keadaan ini akan menjauhkan diriku kpd-Mu
Akan menyebabkan hilangnya cintaku utk selalu mncintaiMu,kerana ramai hamba2-Mu yg selalu diulit derita telah menjauhkn diri mrk dari-Mu

Ya Illahi, pandanglh daku dgn cintaMu dan kumpulkanlh daku brsama org2 yg mncintaiMu, kuatkanlh hati daku utk selalu ingat kpdMu dan jadikanlah kesusahan yg kualami ini sebagai cara untuk mendekati-Mu

Ya Rabbi, tunjukkanlh jalan bagi org2 yg menapak kaki mereka melangkah menuju ke ribaanMu, kuatkanlah jiwa mereka, ampunilah dosa dan kesalahan mrk, tinggikan darjat mereka dan muliakanlh mrk dgn agamaMu..amiin

Monday, January 5, 2009

Ayat-ayat Cinta


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? "
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129 AKU TAK DAPAT TAHAN!!! "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Saturday, January 3, 2009

LELAKI ACUAN AL QURAN

bismillahirrahmanirrahim...

LELAKI ACUAN AL QURAN
Lelaki acuan Al Quran ialah seorang lelaki yg beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kpd Allah s.w.t
Yang sentiasa haus dengan ILMU
Yang sentiasa dahaga maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak gentar melawan hawa nafsu

Lelaki acuan Al Quran ialah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
Mempunyai musuh bersifat jembalang.

Lelaki acuan Al Quran ialah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tuanya dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga
Yang akan mendidik anak mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup dengan KESERDEHANAAN
Kerana DUNIA baginya RUMAH SEMENTARA menunggu AKHIRAT

Lelaki acuan Al Quran sentiasa bersedia utk AGAMANYA
Yang hidup dibawah naungan AL Quran danMencontohi sifat Rasulullah s.a.w dn Khalifah Ar-Rasyidin
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dgn rahmat Allah s.w.t

Lelaki acuan Al Quran tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat ayat Al QUran dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah s.w.t
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kemalangan.

Lelaki acuan Al Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya didunia adalah LADANG AKHIRAt
Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga
Meneruskn perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian

Lelaki acuan Al Quran ialah lelaki yang tidak terpesona dgn buaian dunia
Yang kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah impiannya..DIALAH LELAKI ACUAN AL QURAN ...........

Sajak ini membuat ana terasa begitu syahdu. SUbhanallah, indahnya alam ini andai semua lelaki dn pemuda2 nya soleh dan beriman kpd Allah. Zaman kini, sukar sekali menemui lelaki yg benar2 soleh..yg benar2 menjaga maruah dirinya, yg benar2 memegang prinsip2 islam sebenar..Susah sekali(afwan jika para ikhwh yg membaca terasa hati..ini sekadar pendpt dari diri ana sendiri yg jg penuh dgn kelemahan).
Dari apa yg ana perhatikan, lelaki zaman skrg lebih byk yg merosakkan dirinya sendiri, sedangkan mrk itu dilahirkan sbg pemimpin. Banyak lelaki-lelaki yg membuatkan ana berasa jelek sekali dgn sikapnya. Jujur ana kurang menghormati lelaki yg sama sekali tidak tahu menjaga maruah dirinya sbg seorg lelaki, hingga ia terasa begitu kecil dan menjelekkan di pandangan mata ana.
Pernah ana dikejar-dikejar seorg lelaki yg inginkn nombot telefon ana di sebuah shopping complex. katanya ikhlas ingin berkawan dgn ana...selagi tidak diberi nombr phone, selagi itu dia terus mengejar. Jelek sungguh rasanya....mahu saja rsanya beri satu pelempang..huhu..(hanya mampu membayangkn sahaja). Jika ana ingin memilih suami, pastilah bukan dari calon yg sebegitu. yg sama sekali merendahkn maruah dirinya, yg sama sekali menghilngkn rasa hormat ana pada dirinya. "lelaki2 soleh itu adalah lelaki yg menjaga maruah dirinya dan menundukkan pandangannya..". jgnkn ingin menundukkn pandangan, malah lebih dari itu tindakannya...Lelaki sprt itu sama sekali tidak pantas utk dilabelkan sbg "Lelaki acuan Al Quran".
Ini sekadar sedikit luahan dn kekecewaan ana pd lelaki zaman kini. susah sungguh mencari lelaki terbaik zaman ini...byk kisah2 yg ana dengar..kisah2 yg membuat ana terasa begitu takut utk mempercayai seorg insan bernama lelaki...akhwat2 disekeliling ana yg punya seribu satu kisah pedih dn menyakitkan....semuanya kerana insan yg bernama lelaki..lelaki yg bukan diadun dn dibentuk melalui Al Quran.
"Ya Allah..jika Kau kirimkan padaku seorg teman diduniaMu ini.kirimkan seorg lelaki soleh yg diadun dengn ciri2 Al Quran Mu.meskipun dia punya kelemahan, tetapi dia berusaha memperbaiki dirinya agar menjadi yg terbaik di pandanganMu. Kerana ku tahu tiada seorgpun hambaMu yg bersifat sempurna melainkan RasulMu.
Cinta dan akhlaknya bukanlah pura-pura...tetapi penuh ikhlas demi cinta-Mu, bukan demi cintanya padaku. Dia berusaha menjadi hamba yg terbaik untukMu, bukan semata-semata menjadi terbaik di mata hambaMu yg lain.
Kirimkn padaku ya Allah, seorg teman yg bakal mampu mendidikku, memimpinku menyelusuri jln dakwah ini selamanya.......hingga aku rela menjadi jambatan untuknya menyeberangi jln dakwah ini. Tuhan..walau dimanapun dia berada....sebelum kami bertemu...tolong Kau jaga dan pelihara Dia, agar tidak dia terjerumus dlm lubang dosa dan maksiat...agar selalu dia menjadi LELAKI ACUAN Al QURAN..memelihara maruah dirinya..agamaNya..amiin.
"Aku mencintaiMu kerana agama yang ada padamu..Jika kau hilangkan agama itu, maka hilanglah cintaku padamu.."-Imam Nawawi

Monday, December 29, 2008

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA



SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA

"Seandainya engkau tahu berapa lagi umurmu yang masih tersisa,
Maka engkau akan melupakan angan-angan panjangmu.
Wahai manusia, dengan kesihatan yang Ku berikan kepadamu,
Engkau kuat untuk mentaati Aku,
Dan dengan Taufik yang Aku anugerahkan kepadamu,
Engkau dapat menunaikan tanggungjawab kepadaKU juga,
Dengan rezeki yang Ku curahkan kepada mu juga,
Engkau kuat berbuat maksiat kepada KU.
Dan dengan kemahuan yang ku berikan kepadamu,
Engkau dapat berkehendak apa yang engkau inginkan
Dan dengan iradahKu engkau mempunyai kemahuan bagi dirimu,
Dan dengan nikmat Ku engkau boleh berdiri, duduk dan pulang;
Dan dengan pemeliharaanKU engkau dapat berpagi pagi dan berpetang-petang,
Dan kerna kurniaanKU engkau hidup, ; dan didalam nikmatKU engkau boleh berpusing,
Dan dengan kesihatan yang KU berikan, engkau dapat berhias,
KEMUDIAN ENGKAU MELUPAKAN AKU DAN MENGINGAT SELAIN KU?...
MENGAPAKAH ENGKAU TIDAK MENUNAIKAN HAK-HAK KU DAN MENSYUKURIKU"

(dipetik dari pengajaran ke 20) NASIHAT DAN BIMBINGAN HADITH QUDSI IMAM AL-GHAZALI

Bismillahirrahmanirrahim….alhamdulillah hari ini ana masih lagi diberi nyawa oleh Allah..untuk meneruskn lagi kehidupan ini. Untuk menunaikan segala tangungjwb yg telah diamahkan olehNya…tanggungjawabku sbg seorang hamba, sbg seorang ummat, sebagai seorang anak.

Baru-baru ini semasa ber KBM di Rawang, ana diuji Allah. Bila sakit baru terasa nikmatnya sihat itu. Mmg manusia itu jarang beryukur, jarang menghargai sesuatu hingga ia hilang dimata..hingga bila nikmat itu ditarik, barulah tersedar dan terasa betapa indahnya nikmat itu. Tidak perlu melihat jauh, hanya lihat pada nikmat gigi yang dberi Allah pada kita. Semasa cukup semua gigi, senang nak makan, senang nak mengunyah…….jarang sekali kita mengucap syukur akan nikmat ini. Tapi, bila udah tua, gigi pun semua dah tiada, nak makan susah..nak kunyah pun tak boleh…bila semua dah tak boleh nak guna, baru terfikir”Alangkah indahnya nikmat bila ada gigi..”. Hurm..begitulah ibaratnya kita semua degan semua nikmat yg dianugerahkan Allah. Kita tak kan pernah mengenal erti syukur selagi nikmat itu belum diambil dari kita. Astaghfirullah hal adzim.....

Ana menangis mengenangkan diri yang jarang bersyukur. Diri yg selalu alpa bila tidak diuji. Namun ana tidak pernah lupa pada saat ana diserang Deman Denggi 3 tahun yg lalu...saat ana merasa semakin hampir dgn kematian..tidak mampu untuk bangun..badan semuanya terasa lelah dn letih...saat itu ana ada terfikir.. “Subhanallah.,.indahnya rasa sihat itu. Selama ni ana rasa sihat tapi tak pernah bersyukur dengan nkmat itu. Terlupa ana bahawa nikmat itu bisa ditarik Allah bila-bila pun yg Dia mahu”.

Lalu saat itu ana menangis teresak2 kerana malu amat pada-Nya. Sebenarnya selagi kita masih sihat, masih mampu berjalan, mampu berkata-kata, mampu mendengar, mampu bekerja dgn baik.mampu belajar..semuanya itu nikmat yg dipinjam ALLAH untuk kita. Bukan dgn sendirinya kita mampu berdiri dan melakukan semuanya. Kita tidak mungkin melakukan semuanya degn sendiri….semuanya kerana nikmat dan pertolongan Allah yg Maha Penyayang…!!! Tetapi hamba Allah..iaitu kita semua terlalu bongkak walau hanya untuk berterima kasih dn bersyukur padaNya yg Pemberi segala nikmat………….!

Baru-baru ini semasa KBM di Rawang ana diserang sakit gastrik. Dah lama rasanya tidak diserang gastrik. Petang tu ana berasa perut agak tidak selesa dan tidak berselera untuk makan. Kebetulan menu ptg itu gulai lemak. Ana mmg tidak gemar masak gulai lemak. Lalu petang itu ana tidak makan apa2. fikir ana mungkin tiada apa2 yg terjadi. Tetapi lain jadinya, bila maghrib tu dah terasa pedih perut. Selesai solat maghrib, ana minta tolong pada Mak Ndak yg kebetulan hendak ke kedai makan utk belikan susu panas. Selalunya bila gastric minum susu boleh kurangkan sikit rasa pedih perut. Tetapi ternyata tidak menjadi. Malam tu lepas solat isyak..apabila program mula berjalan…perut terasa makin pedih dan sakit kepala. Angin dah naik ke kepala..selalunya kalau mcm tu mmg dah teruk. Ana minta panadol pada fasi untuk menghilangkan rasa sakit..tetapi tidak berkesan. Malah lebih sakit kerana ana makan ubat dengan perut yang kosong. Akhirnya pada pukul 2pagi Pak Ndak dn Mak Ndak membawa ana ke klinik 24 jam. Pada mulanya ana tidak mahu menyusahkan mereka, tetapi kata Pak Ndak jika dibiarkan mmg lagi bahaya. Terima kasih byk2 pada Pak Ndak dan Mak Ndak yg telah bersusah payah membantu ana. Jazakumullah khairan kathira.

Semasa dlm perjalanan ke klinik, ana tiba2 terbayang pd wajah sahabat karib ana, Arwah Umairah. Dia meninggal kerana kanser perut. Malah sewaktu KBM di Hulu Langat minggu lepas, ada seorg fasi akhwat, Adik Fatimah yg menegur ana. Katanya muka ana mengingtkn dia pada seseorg. Katanya seperti Kak Umairah. ana juga punya kwn baik yg telah meninggal bernama Umairah. malah kwn2 juga ramai kata muka ana sama dengan arwah. Rupa2nya kami bercakap ttg org yg sama. Arwah Umairah merupakan kakak usrah kpd Fatimah. Subhanallah…………

Lalu semasa dlm perjlanan, ana bersembang bersama Mak Ndak ttg kwn baik ana yg meninggal krn kanser perut. Cerita punya cerita, rupanya Mak Ndak kenal juga dgn arwah Umairah. dia anak kpd akhwat JIM juga. Subhanallah..ramai org yg mengenalimu sahabat. Ana benar-benar rindukan dia……sehingga pernah beberapa kali ana bertemunya dlm mimpi. Dia tersenyum indah memandang ana……..ternyata umairah berbahagia disana. Ya Allah..lindungi sahabatku disana………ketemukan kami disyurgaMu ya Allah…ajari daku berakhlak mulia dan solehah seperti sahabatku itu. Dia antara sahabat terbaik yg pernah kukenali..yg sehingga kini ku kagumi kebaikannya. Kesolehannya…

Akhir kata…….ku bersyukur dengan nikmat sihat ini ya Allah. Dengan nikmat KEHIDUPAN ini ya Allah. Aku masih bernyawa hingga kini ya Allah..jantung ini masih berdetak ya Allah...syukurku padaMu ya Rabbi kerana masih memberi aku ruang kehidupan untuk aku menunaikan segala amanah yg dipertanggujawabkan padaku. Paling utama tggungjwb sbg khalifah-Mu...............Jadikan kehidupan ini tempat untuk aku menambah sebanyak-banyak amal padaMu..dan jadikan kematianku sebagai istirehat daripada melakukan dosa-dosa. Amiin.........

Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Monday, December 22, 2008

KBM BAKIT, Agrotek resort, Hulu Langat


Bismillahirrahmanirrahim…
21 Dec 2008 (10:27pm)

Penerbangan KRJ 201208. KBM BAKIT(Agrotrek Resort, Hulu Langat)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kumulakan coretan di blog ku ini. Alhamdulillah, dah selamat sampai ke rumah. Perjalanan yg agak jauh setelah ber KBM di Resort Agrotek Hulu Langat bersama anak-anak BAKIT(Badan Kebajikan Dakwah Telekom).

Tadi bila pulang kerumah, ada satu perasaan yg sukar ditafsirkan. Terasa rindu sangat2 pada suasana KBM di resort tersebut, rindu pada segalanya, pada deruan sungainya dgn air yg jernih..rindu pd tempat makannya yg sangat menarik, rinduu pada team2 kbm especially kak yong, sakinah, Fatimah dan najihah. Terasa semuanya indah..dan ada satu tempat yg paling ana rindui dan sukai..sebuah titi kecil yg sangat indah, yg dibina atas air terjun. Pada saat pertama kali ana sampai ke resort tersebut..seperti berada di syurga dunia. Saat ana melintas titi tersebut, sambil melihat ke air terjun dibawahnya, hati berdesir mengagumi keindahan tersebut. Serentak itu juga ana terus teringat pada ayat-ayat Allah yang banyak disebut dlm Al Quran”Syurga-syurga itu mengalir sungai dibawahnya..”..Subhanallah……..jika didunia ini aja indahnya tidak terkata..manusia sahaja bisa mencipta keadaan seindah itu..apatah lagi SYURGA yang dibina oleh ALLAH s.w.t..Subhanallah………….pastilah berjuta-juta kali lebih indah, tidak tergambar dek fikiran manusia. Sekali lagi hatiku berdesir mengakui kehebatan dan kebesaran yg Allah Yang Maha Agung.

Disini ana ingin catatkan perjalanan indah yg ana lalui untuk kbm di hulu Langat ini. Kerana byk sekali perkara menarik dan luarbiasa yg berlaku..hehe. moga ana tidak lupakan pengalaman terindah ini...lalu ana coretkan ia dlm blog, insyaAllh bila baca lain kali pasti tersenyum indah.

Pd 19 dec 2008, ana berjanji ngan kak yong bertemu kat Masjid Muaz Bin Jabal kat Setiawangsa. Akhirnya pada pukul 11 mlm kami mula bertolak dari masjid tersebut menuju ke destinasi kbm kami(Resort Agrotek, hulu Langat). Sakinah memandu kereta wira nya dengan laju mengikut kereta pak long yg mendahului kami didepan. Perjalanan makin jauh, malam makin gelap. Sedar tak sedar kami memasuki jalanraya yg bengkang bengkok mcm jalan nk ke genting highland. Jalan tu punya lah gelap gelita, tiada satu lampu pun di jalanraya tersebut. Sunyi dan sepi, gelap dan gelita. Hanya semata-mata berpandukan lampu kereta yg kami naiki.

Sedang dalam perjalanan yg menyeramkan itu, tiba-tiba kelibat van pak long hilang dimata. Apalagi, terkulat-kulat kami bertiga dlm kereta ni. Ditengah-tengah pekat malam, ditengah2 jalan raya yg lengang tiada sebiji kereta pun..disebelah kiri curam yg tinggi, disebelah kanan pula hutan khatulistiwa yg menebal........huhu, mmg mcm dalam filem cerita hantu yg selalu kat tv tu. Mmg segelap2nya................!!Sambil berceloteh bagi menghilangkan rasa takut, sakinah terus memandu memecah gelap malam. Alhamdulillah, akhirnya dlm ketakutan dan tawakkal padaNya, kami berjaya melalui perjalanan mencabar tersebut.........dasyat sungguh!!! Tahniah kepada Sakinah kerana memandu dgn sgt hebat..hehehe...even jalannya mmg merbahaya. Syukur pd-Nya krn melindungi dan menjaga kami dari sebarang bahaya.

Bila dah sampai satu simpang, baru nampak kelibat kereta Pak Long..huhu....kesian kami kena tinggal belakang tadi.he..

Akhirnya.............setelah beberapa puluh minit berlalu, kami berjaya juga sampai ke destinasi tersebut. Saat kereta kami menuruni sebuah bukit curam untuk ke tenpat parking resort tersebut, terasa tempat ini bukan sebarangan destinasi. Ternyata telahku benar.. Saat keluar dari kereta, mata kami terpukau dek keindahan landskap dan seluruh kawasan resort tersebut...Wow!!! itu perkataam pertama yg keluar. Terpaku kami semua seketika mengamati suasana resort tersebut.Mmg sgt cantik tempat ni...........ditambah pula dengn lampu2 oren yg dipasang sekeliing tmpt makan dn sungai. kemudian kami meniti laluan sepanjang sungai yg begitu jernih sehingga boleh nampak ikan-ikan dalam air tu main kejar-kejar..sungai tersebut dibina landskap yg sgt indah dan terletak tengah2 diantara chalet dan cafe. Terus kami melintas satu titi kecil yg dibawahnya terdapat air terjun...”ya Allah, cantiknya”. Ana benar-benar sukakan titi dn air terjun itu. Rasa nak duduk lama2 disitu..mmg tenang dan rasa bahagia.

Sampai ke billik kami yg terletak di banglo sebelah padang, kami terus bergerak untuk ke dewan, membuat persediaan untuk ber KBM esok pagi. Satu ujian lagi menunggu...dewan tersebut terletak nun di puncak..sebiji mcm lagu Gemuruh tu.,..”DARI PUNCAK INGIN KE ANGKASA..”, hehehe..mmg kami ke puncak, Cuma xsampai lagi ke angkasa. Dewan tu punya lah tnggi nun diatas Gunung Santubong..(hehe..memain je)..bukan gunung..tapi bukit. Kami menapak naik bukit yg curamnya tak tahu la berapa darjah(xsempat tanya pula)..:-) bila sampai kat dewan tu, semuanya semput. Tercungap2 dibuatnya. Kesian tgk pak Long n Pak Ngah...

Pendek kata, semuanya yg berlaku di resort tersebut sgtlah indah dan menjadi kenangan manis buat ana. insyaAllah, jika diizinNya.....ingin pergi lagi tempat tersebut. Lebih indah jika pergi bersama org2 yg disayangi..emak ayah...ataupun ngn team Kbm..mmg best!! Bole juga buat “rehlah”...hari keluarga KBM KL..hehehe.insyaAllah.

Oklah..nak tidur dulu, nnti ana sambung lagi siri kedua KBM BAKIT ni beserta gambar2 indah yg ditangkap disitu. Belum lagi cerita part yg adventure n cemas....kereta Pak Long n Akhi Ridwan yg tersangkut di bukit curam utk ke dewan tersebut...huhu..mmg dasyat..alhamdulillah tak terjadi perkara yg tak diingini. Keadaan akhirnya terkawal.

Sekian dahulu coretan KBm hulu langat BAKIT yg ana dapat kongsikan. Tak lupa juga buat semua adik2 peserta KBM Bakit..semuanya sngt2 baik n sporting. Sayang kalian semua..moga kalian menjadi anak2 yg soleh n solehah...yg berbakti kpd orgtuanya....yg kenal dan tahu peranannnya sbg hamba Allah......amiin. moga kita semua menjadi hamba-Nya yg bertaqwa..yg taat n patuh padanya..yg selalu berada di jalan lurus-Nya...hingga akhir hayat kita..hingga kita kembali pada-Nya suatu hari nanti.BILA????..ana juga tidak tahu bilakah “turn” ana. Wallah hu a’lam. Moga kembali padaNya dlm keadaan yg bersedia dn bersih. AMIIIN.

Thursday, November 20, 2008

Allah selalu memberi yg terbaik untukku

Seorang sahabat menasihatiku dengan madah indah saat aku terasa begitu lelah dlm perjuangan ini. Dihimpit masalah dan ujian yang datang sekaligus…..terasa diri ini tidak mampu berdiri. Ujian yg terasa begitu berat….

Terkadang bila perjalanan hidup terlalu mudah, terasa bimbang kerana Allah tidak menguji. Apakah Dia lupa pada ku?? Tetapi pabila ujian datang bertandang, diri ini tidak mampu pula bertahan. Kenapa aku begitu mudah tersungkur???? Segalanya datang serentak, segalanya berlaku pd masa yg sama…….hingga aku jadi benar2 lelah memikirkan jalan penyelesaian untuk semua masalah yg dihadapi. Ya Allah, terima kaish untuk untuk ujian ini. Kerana ia lebih mengajarku erti SABAR dan REDHA. Selepas semua usaha dilakukan, dn itu mmg bukan untukku, aku redha. Apapun telah tertulis di Lauh Mahfuz-Mu. Jika bukan skrg, pasti akan Kau beri diwaktu yg lain. Atau jika mmg bukan untukku, pastilah itu yg terbaik.

Aku terlalu bodoh dlm merencana masa depanku..terlalu bodoh dlm membuat pilihan hidupku. Bimbinglah daku ya Allah.jgn biarkan taqdirku ditentukan olehku sendiri walaupun sekelip mata cuma. Dalam setipa keputusan yg kuambil…….Kau pilihkan dan tetapkan ia untukku.

“Kadang-kadnag kita berdoa untuk KUAT, tetapi kenapa banyak DUGAAN.
Kadang-kadang kita minta CERDIK tetapi MASALAH pula yg timbul.
Kadang-kadang kita minta KEBAHAGIAAN, tetapi HURU HARA pula.
DUGAAN menjadikan kita mental kita kUAT.
MASALAH menjadikn kita BERFIKIR supaya cerdik.
HURU HARA menjadikan kita TABAH.
Hebat tak ALLAH???semuanya ada HIKMAH!!!
Kalaulah manusia tahu hadis ini. “Telah berkata Jibrail, Wahai TUhan, Engkau sampaikanlah hajat hamba-Mu”, maka jawab Allah “Biarkan hamba-Ku itu krn Aku mencintai suaranya.”

Subhanallah……… aku telah pun memiliki kesemua yg kuminta dariNya
.

Thursday, November 6, 2008

LINDUNGIKU DARI PUTUS ASA, YA ALLAH


LANGKAH KAKIKU TERHENTI SEKETIKA

“Kan Allah dah janji jalan Dia mana ada yang mudah, yang senang…itu janji Allah. Tapi kan tinggi ganjaran yang Dia sediakan utk org yg Berjaya harungi setiap keperitan dan kesusahan yang Dia bentangkan…… Allah tu Maha Adil. Lagi besar ujian lagi hebat ganjaran yg menanti disana,” kata akhi ajoy sambil memandangku. Airmataku tumpah saat mendengar baitnya itu. Bukan aku tidak tahu tentang apa yg dia sampaikan padaku tadi. malah ayat itu juga sering aku gunakan utk menasihati sahabat2 ku tatkala mereka sedih dn gelisah.

Namun, diri ini terkadang tewas juga menongkah arus kehidupan. Hari ini aku pula yg menangis tatkala dinasihati dan diingatkan orang lain ttg hakikat SABAR. Aku mengesat airmata yang mengalir..malu juga menangis di kedai makan ni. Dihadapanku ada kak mimy dan Fatimah. Akhi ajoy masih memandangku. Seorang yg aku agak kagumi. Sahabat kepada kak mimy, akhi ajoy punya 5 org anak. Semua anak2 nya sekolah tahfiz. Dia benar2 alim dan zuhud. Perjalanan hidupnya lebih dari segala liku. Mendengar ceritanya buat aku menangis juga.

“Nurull, abang pernah melalui jalan yg sgt kelam..kelam sangat. Hinggalah Allah yg Maha Penyayang menyelamatkn abang dan bawa ke jalanNya yg lurus,” ceritanya padaku lagi. Aku juga dengar dari kak mimy, akhi Ajoy masuk kelab malam berdakwah kat sana. Malah dia juga pernah berusaha tanpa putus asa mengajak seorg kaki mabuk yg akhirnya skrg ni jadi kaki masjid. Subhanallah……..aku benar2 kagum dgn nya.

“Tapi kan, saya selalu rasa bila saya buat baik orang akan ambil kesempatan atas kebaikan saya tu,” balasku lagi tidak puas hati. Hatiku benar2 sakit. Hari ni entah kenapa aku benar-benar hilang sabar. Selama ini aku harus membuat kerja yg sepatutnya dilakukan oleh 2 org. terkejar2 aku dibuatnya. Sudahlah aku berlapang hati membuat tugas yg bukan scope kerjaku, tetapi dimarah2 pula bila lewat siap. Jika selama ini aku mampu tersenyum dan tersenyum tatkala org tu buat perkara yg menyakitkan hati. Tapi aku juga tidak tahu kenapa dgn ku pada hari ini. Mana perginya kesabaran dlm hatiku ini. Hilang entah kemana. Aku merasakan dia benar-benar mengambil kesempatan atas kebaikanku selama ini. Berada di tempat kerja pd hari ni begitu buat aku tension hingga sakit kepalaku. “Akak, balik kerja ni kita jumpa ya. Sy ada perkara nk share,” mesej pendekku pd kak Mimy. Saat itu aku telahpun menangis. Sangat-sangat merasa begitu tidak berdaya. Ya Allah…….lindungiku dari putus asa!!!

Ternyata petang itu kak mimy turut membawa Akhi Ajoy yg sgt alim. Banyk nasihatnya yg menusuk kalbuku..melunakkan hatiku yg bergelora nafsu marah. Astaghfirullah hal adzim…..

“Ok..susah kan bila kita buat baik tapi org balas jahat. Bila kita dah sedaya upaya nak menjaga hati org lain tapi org tu sedikit pun tak menghargai kita,susah kan” tanya Akhi ajoy lagi.

Aku menganggukkan kepala.

“Ha..disitulah gunanya sabar! Kita tidak akan guna istilah sabar tu jika bukan kerana perkara tu susah,perit atau derita. Mmg bila susah tu lah kita kena sabar. Masa tulah kita xsedar sebenarnya Allah nak bagi byk sgt pahala pada kita. Patutnya kita bersyukur, bila Allah beri kita ujian, kita kena byk2 sabar n tahan marah…..semua2 tu kita dapat upgrade pahala kita. Kan untung tu…”, jawab Akhi Ajoy lagi.

“Tapi kan, dlm islam kan kita harus juga menjadi berani, jgn sampai org memijak2 dan menjatuhkan kita. Jgn sampai org menindas kita. Itu harga diri,” hujahku lagi. Aku sgt2 merasa aku perlu untuk membela diriku. Aku harus tidak membiarkan org sewenang2nya memperlakukan aku sprt org bodoh. Walau sering diperlakukan demikian demikian, tetapi masih diam tidak berbuat apa-apa. Itu tidak adil. Bagiku ada batasnya untuk berbuat baik. Bila saatnya aku merasa kebaikanku disalah gunakan, aku mmg tidak mmpu hanya diam dan menurut. Aku harus membela diriku agar tidak dipergunakan org sesuka hati. Bagiku jika org itu tidak pandai menghormati org lain, dia tidak wajar sama sekali dihormati. Aku tidak reti menghormati org yg tidak beradab.

Teringat pula aku pada sinetron Indonesia bertajuk “HIKMAH” tu. Watak Ana yg tersangat baik dan sering sahaja ditipu org atas kebaikannya. Melihat movie itu aku menjadi geram krn Ana tidak sama sekali membela dirinya hingga terus terusan dijadikan bahan mainan org. tetapi terkadang aku juga sebenarnya sama sprt Ana itu. Hingga ada kwn yang menegurku, “Halawati, awak ni terlalu baik la. Sbb tu selalu je kena tipu”. Aku hanya terdiam tidak tahu apa yg harus dijawab. Tapi aku juga ingat pada pesan ustazku, “Jika kita tolong org dan buat 1 kebaikan pd org lain, Allah akan balas seribu kebaikan utk kita,” kata-kata itu membuat aku berfikir tidak salah rasanya aku bersusah payah menolong org walau terkadang diri ini yg terkorban. Bukan balasan yg diharapkan, tetapi krn aku tersangat tidak mampu mengatakan TIDAK bila seseorg dtg meminta pertolonganku. Cuma yang membuat aku tersangat sakit hati dan pedih bila kebaikan yg diberi membuatkan mereka mengambil kesempatan dan terus-terusan membuli dan menampakkan aku sprt org bodoh pula melakukan hal itu.

Sejak dari belajar lagi aku mmg sering dipergunakan tanpa disedari. Jika di uitm, kwn2 ambil kesempatan meniru assignment, buku yg dipinjam tidak dipulang2, byk lagi perkara yg menguji kesabaran. Kerana berbuat baik akhirnya aku juga yg terkena. Malah aku pernah juga dimarahi sepupuku. Katanya aku bodoh sekali mmberi kwn2 tiru assignmentku. Cari susah2 pastu bagi org tiru. Tetapi aku tidak kisah..bagiku aku menolong dia. Itu sahaja. Tetapi….mmg bila sering berbuat baik aku selalu menjadi mangsa juga. Dijadikan org sbg tmpat mengadu bila mereka susah..tapi bila saatnya aku perlukan pertolongan, tiada yg berdiri disisi. Semua itu aku pernah melaluinya..pernah kenal org2 yg selalu muncul saat mrk susah, dn hilang bila mereka senang. Aku memang suka menolong orang dan tidak kisah untuk susah demi membantu org lain….hingga ada pernah yg menasihatiku.”Nak buat baik pun biar berpada-pada. Jgn sampai memakan diri”!!

“Nurull…sabar tu pahalanya ada bertingkat2. Sabar menahan musibah…sabar ketika menahan marah…..sabar dlm beribadah. Tapi ada yg lebih tinggi pahala sabarnya. Bila kita memang berada dipihak yg benar, kita mmg tak salah..dan kita boleh untuk marah sebenarnya..tetapi jika kita sabar dan berdiam diri pahala sabar itu lebih tinggi nilainya. Mmg kita tak salah, mmg jelas2 tahu dia yg salah..tetapi kita diam dn sabar..itu lebih tinggi pahala sabarnya..”, balas Akhi ajoy membuatkan aku termenung seketika. Mmg pahit menelan marah..menelan derita…..terkadang pedihnya terasa ke perdu hati. Mengingatkn janji-janjiNya…terasa hilang segala derita yg dirasai. Kata-kata Akhi ajoy itu mmg tepat. Bak kata ustazahku,”Jika ingin tahu apakah kita benar berada dijalanNya…lihatlah jalan itu senang atau susah. Jika kita sering susah, derita dan ujian demi ujian yg bertandang..kita mmg berada dijalanNya. Tetapi jika jalan yg kita lalui terasa begitu senang dan nikmat..terasa bahagia je tanpa halangan dan ujian..itulah yg perlu ditakuti. Must be something wrong!!”

Akhirnya aku menangis lagi. Kali ini aku menangis bukan kerana hati yg kecewa dan sakit. Tetapi menangis kerana cintaNya. Menangis krn merasa aku berdosa amat dgnNya..menangis krn aku tiba-tiba gagal mendidik jiwaku ini hingga aku tenggelam dlm gelombang bisikan syaitan laknatullah.

“Ya Allah………tolong lindungiku dari putus asa. Ajarkn daku untuk selalu bersabar. Ajari daku mendidik jiwaku ini..selamatkn aku dari nafsu marah yg menjadi pintu kepada syaitan utk masuk dlm diriku. Jangan dibukakan pintu itu Ya Allah. Aku ingin punya hati yang tenang, hati yg tidak merasa sakit atas setiap ujianMu..hati yg tidak terguris dengan mainan taqdir yg selalu menguji..amiin

Friday, September 5, 2008

Menjelang Kewafatan rasulullah s.a.w

Bismillahirrahmanirrahim…
Membaca ttg menjelang saat kematian Rasulullah membuat aku menangis. Rindunya utk bertemunya, rindu utk melihat wajah Rasulku ini, rindu menatap wajahnya yg terang bercahaya bak sinaran bulan itu…oh Tuhan, sampaikan salam penuh kerinduanku pada Rasulku yg tercinta itu. Aku ini ummatnya yg sedang berusaha memperjuangkan dakwahnya, memperjuangkn agamanya..izinkan aku mencontohi kesabaranya dlm berjuang di jalan-Mu Ya Allah.


Saat Rasulullah jatuh sakit, lalu tidak dapat turut serta utk solat berjemaah, Abu Bakar ra menjerit lalu pengsan lantaran tidak dapat menahan perasaannya. Orang2 didalam masjid menjadi bising krn Rasulullah tiada bersama mereka…Lalu Rasulullah sedaya upaya dlm keadaan sakit memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra untuk membimbingnya ke masjid utk bersolat bersama kaum muslimin. “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Saat Malaikat maut dtg untuk mencabut nyawa Rasulullah, bertanya Rasul pada Jibril ttg khabar gembira. Ternyata apa yg lebih merisaukan Rasulullah adalah ttg umat2 nya.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”

Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?
Rasulullah SAW menjawab:Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Ya Allah, sungguh sedih membaca saat perginya seorg hambamu yg mulia ini. Kerana kemuliaannya, kehilangnnya begitu dirasai oleh para sahabat dn kaum muslimin. Dunia ini begitu merasakan kehilanganmu Ya Muhammad kekasih Allah. Ummatmu ini begitu rindu padamu…..moga dpt bertemu dgn mu di hari kebangkitan kelak, diberi syafaatmu ya Rasulullah.

Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”

Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Ya Rasulullah, aku mencintaimu selepas Allah Yg Maha Esa..”Aku bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah…….”

Setelah Rasulullah SAW meninggal dunia, Abu Sufyan bin Haris selalu menangisi dan meratapinya dengan syairnya:
Aku tidak dapat tidur dan malam pun susah berakhir

Malam bagi orang yang ditimpa bencana akan lama rasanya.
Tangisanku membuatkan aku bahagia
Sesungguhnya musibah yang menimpa kaum Muslimin itu tidaklah seberapa
Betapa besar dan beratnya cubaan ini pada waktu mendengar berita bahawa Rasulullah sudah tiada
Bumi tempat tinggal kita inipun ikut serta menderita
sehingga terasa miring segala sudutnya.
Telah terputuslah wahyu Al-Quran dari kita
di mana dahulu malaikat Jibril selalu datang membawanya.
Dialah Nabi yang telah melenyapkan syak wasangka kita
dengan wahyu yang diturunkan kepadanya dan sabdanya
Bagindalah yang telah menunjuki kita
sehingga kita tidak perlu bimbang dan terpedaya
Rasulullah selalu siap memberikan petunjuknya kepada kita
Fatimah, jika kamu bersedih meratapinya,
hal yang demikian itu dapat kami mengerti.
Akan tetapi jika engkau tidak bersedih, itulah jalan yang baik yang telah ditunjukkannya. Makam ayahku adalah makam dari setiap makam
kerana di dalamnya bersemayam seorang Rasul
Tuan bagi seluruh manusia.